Saturday, February 19, 2011

Majlis Cukur Jambul

Alhamdulillah....pada 12/2/2011 baru2 nie majlis cukur jambul Nasya Amani telah selamat dilangsungkan, cuma kenduri kecil2 jer kitaorg buat, janji jambulnya dapat dipotong...hehehe....

Ni antara persiapan barang2 untuk majlis tersebut

Acara bermula pada pukul 2.30 petang. Ia dimulakan dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan Marhaban dan diakhiri dengan syair kepada Nasywa Amani. Nielah first time aku dengar orang bersyair kat bb, sebab biasanya sebelum ni just dengar marhaban, bacaan Yaasin. Itu jer...


Persiapan Nasywa Amani sebelum acara...my cute princess...

Secara keseluruhannya majlis ni orang perempuan yang buat semua, yerlahh...dia org marhaban, diaorg baca yaasin, aku ni jadi tukang makan dan tukang ambil gambor jer...Jemputan yang hadir hanya jiran2, sedara mara dan kawan2 terdekat jer....


Semasa acara dijalankan..

Kos untuk mengadakan majlis ni xlah banyak, sebab kita org 'recyle' balik penggunaan barang. Yerlahh...ropol2,...bunga2,...ribbon2...semuanya kitaorg recyle balik. Barang2 kahwin dulu,kita dapat ker...janganlah sesekali kita buang. Banyak gunanya tau. Comel tak buaian yang telah dihias tue, hasil kreativiti my wife dengan her mom lah...bapaknya ikut ajer...:)
Baju jer kitaorg keluarkan modal sikit, mama dia cakap nak bagi anak nampak comel, boleh pakai bila dah besor nanti, tapi bagi aku,....kalo mengikut baka aku yang endsem, kacak lagi bergaya nie,...bb aku mmg dah comey pun...hehehe...:p

Antara 'orang kuat' yang kuat beraksi di majlis tersebut

Walaupun x berbelanja besar, bagi aku majlis nie dah cukup grand bagi aku, majlisnya menepati citarasa aku, x terlalu pack dan simple. Yang penting, anak aku dah melalui proses mencukur jambulnya. Nie nak cukur rambutnya nanti, macam mana nak wat, takut tersalah cukur jer....tue yang risau sikit.

Nantilah aku cuba buat research sikit macam mana nak mencukur rambut anak nanti....or...sesapa ada petua yang ok2...boleh bagi idea sikit...nak mencukur nie,kepala bb lembik lagi...risau,...

Wednesday, February 9, 2011

NASYWA AMANI in action...

Salam semua....sekarang nie dah sibuk jadi weekend father and husband nie, yerlahhh....isteri dan anak masing2 jauh...tetapi tetap kugagahkan jua untuk balik menemui kedua kesayangan hati ini...Memang banyak dugaan bila duduk berjauhan, asyik teringatkan isteri dan anak jer,...macam manalah mereka berdua tue.

So, dalam post kali nie aku nak introduce kan anak aku dari hari pertama kelahiran hinggalah genap umuqnya sebulan. Sekarang nie pun anaknya dah abis pantang, mamanya pula yang belum habis lagie....berat kes ni....hehehe... Masa hari pertama tue, aku tengok Nasywa Amani dimasukkan ke wad NICU, so, hanya parents bb jer yang leh masuk ke situ, dalam dua tiga hari aku berulang aliklah dari wad ke situ nak tengok mama dan bb nya. Masa aku sampai ke wad tue, teringat laks mcm iklan CELCOM tue, yang bb duk banyak2 sambil sembang2...nasib baik aku tak terjumpa yang mcm tue laks...hehehe

Ni antara gambar-gambar hari pertama kelahiran dan dlm NICU

Setiap kali aku datang melawat bb aku nie,...mesti tido, nak dengar suara punyalah susahnya...buat masa ni mama dia tak dapat jenguk anaknya lagie sebab br lepas operation, so dalam masa beberapa hari tue dapatlah aku tengok yg mamanya rindukan bb dia, secara x langsung memberi wife aku kekuatan nak sihat untuk berjumpa bb, yerlaa...dah kandung hampir sembilan bulan, mestilah nak bersama...

Aksi anak aku dalam menggayakan pink colournya (ikut mok die ler tue)

Kita sebagai suami kenalah bagi moral support kat wife kita, walaupun dalam keadaan tak terurus dan penat, at least kita bantu mereka sedaya yang mampu...So, setelah wife aku sihat, akhirnya dapat juga dia melawat anaknya kat NICU tue, so bermulalah era seorang ibu dan anak,... Masa nilah org sebut2 penyusuan anak, bagi yang first time jadi ibu tue, pasti akan kekok bila nak menyusukan anak. So, sekali lagi kita sebagai suami tue, kena bagi support kat wife kita dalam menyusukan anak. BB x nak isap putinglah, susu x banyaklah, macam2 perkara yang akan berlaku. Yang penting, kita kena yakinkan wife kita yang mereka boleh buat semua tue, ibu dan anak memasing belajar dalam menyesuaikan diri. Kalo ikutkan hati, mau jer aku sumbat botol susu, tapi teringat balik,...anak aku tue pre mature lagi, so give her a liitle bit time to adapt,...chewaaahhh,,,sembang omputih laks...hehehe....

So, sehinggalah ke hari nie, anak aku dah masuk sebulan lebih. Sekejap jer anak aku membesar dan macam2 ragam yang dibuatnya, bila teringatkan anak dan isteri, itulah penawar bagi kita si suami. So kepada sesapa yang belum kawen lagie tue,...cepat2lah kawen wei......rugi tak kawen woooo...hehehehe....

12/2/2011 nie, aku akan mengadakan kenduri cukur jambul, so kepada kengkawan yang mengenali aku tue, cepat2lah datang yerp...50 tetamu awal akan dapat hadiah2 menarik...hehehehehe... jemputan semua aku dah buat dalam facebook tue, so sudi2kanlah datang yerp...

Wink ...wink ;p


Thursday, January 6, 2011

Pertama kali bergelar bapa

Tanggal 24/12/2010,jam 2.22 petang, isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.4 kg,walaupun bb itu dikatakan pra-matang, alhamdulillah sehingga sekarang wife dan anakku sihat seperti biasa.

Isteri aku dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan disebabkan tekanan darahnya tinggi, sebelum ini di dimasukkan ke Selayang akibat kes sama, lepas tue discharge. Then bila check di KKM Gambut, terus diaorg tahan pergi hospital.

Aku ingat lagi petang rabu tue aku tengah makan biskut chipsmore, then tetiba wife aku tepon, sekali lagi gabra org macho ni datang balik, x nyempat2 nak balik. Yerlaaa...siapa x sayang bini oiii...

Sesampainya di Kuantan jam lebih kurang 10 malam, aku tengok mak mentua aku berada di ruanngan menunggu, aku pun ambil shift mak mentua aku. Yerlaaa...dari petang lagi dia tunggu. Wife aku dah ditempatkan di wad bersalin, standby jer jika apa2 berlaku...akhirnya dapat juga aku berjumpa isteri aku. Kesian dia, nampak lemah jer....Dia bgtau aku doktor nak monitor perkembangannya...adakah tekanan darah dia naik or turun...

Pagi Khamisnya...aku pun menunggu dengan penuh kesabaran(yerker...hehehe...)BP wife aku still tinggi, aku pun risau jugak and at last, doktor beritau dia kena operate hari Jumaat nanti. Aku masa nie dah tak kisah, janji isteri dan anak aku selamat. Jika dihitung,dicongak,didarab dan dibahagi, umur anak aku masa dilahirkan nanti adalah 35 minggu 6 hari....

Macam-macam orang cakap pasal bayi pramatang nie, namun dalam hati aku, aku yakin anak aku nie some one who have a fighting spirit, x sama macam bb lain, yerlah,...dah keluar awal, macam2 kena hadapi.Nak survive dalam keadaan yang belum cukup sempurna...aku layan jer gundah gulana aku berkenaan hal ini....

Seperti yang dijanjikan, bersempena hari Jumaat yang mulia, pada 24/12/2010,tepat 2.22 petang NASYWA AMANI telah selamat dilahirkan...Tak dapat aku bayangkan masa tue, bagaiamana perasaannya akan menjadi seorang bapa, belum sempat kaki aku jejak kat Masjid Kuantan tue, wife aku beritau operation nak dijalankan. Aku pun berpatah balik ke Hospital dan menunggunya, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan wife aku...dapatlah aku memberi kata-kata semangat kepadanya. Aku keberatan juga nak meniggalkan dia, namun harus menunjukkan kekuatan aku agar dia tak lemah semangat dalam menghadapi operationnya....

Hampir sejam aku menunggu, aku nampak alat inkubator disorong,...dari jauh aku terdengar alat tue, entah mcm mana naluri seorang bapa boleh mengetahui yang dalam inkubator tue adalah anak aku,siap tunggu depan lif, sesampainya nurse yang bawa anak aku, terus aku capai buku dan tertulislah Siti Noor,...

Berbunga hati aku melihat bb kecil yang comey tue adalah anak aku, aku tak reti nak katakan apa perasaannya melihat anak kita sendiri, nak2 pula aku sebagai seorang bapa...mungkin orang lain dah mengalai situasi ini paham apa yang berlaku. Segala kepenatan aku selama ini berbaloi menanti saat2 indah seperti ini...