Tuesday, March 30, 2010

No Pain No Gain...yearghhh.....

GS (Posisi yang digeruni)
Baik punya shoot

Dengarjerla sayang...


Senyuman seorang ahli sukan,cum wife aku,cum bakal ibu...hehehe

Kontrol Ayu...

Sori lama dah tak berblog nie.Al maklumlah, sibuk katakan.Hehehe,....Sibuk menurunkan berat badan. Excercise sana, excercise sini, last2 penat, tido, pastu takder mood nak mencoretkan dalam blog nie. Nie pun aku curi-curi menaip kat opis. Nampak ler cbuk sikit.hehehe...Ujung minggu nie aku menemankan orang umah aku gie main netball(bola jaring) kat opis aku. Bukan dia sahaja yang bersemangat, malahan aku gaks bersemangat datang menyokong dia. Petang tue mmg panas terik.Jam menunjukkan pukul 3.30. Tapi dengan semangat aku yang berkobar-kobar tgk orang umah aku main netball, hujan, panas akan ku terjah jua.Hehehe....
Geram gaks aku tengok diaorg main netball. Sama geram macam orang tengok bolasepak. Yerlaa...bila nak shoot bola dalam net tue, seriau jer rasanya. Dahler net tue kecik,kena ada konfiden dan konsetrasi yang tinggi nak jadi GS nie,bila tengok diaorg nak shoot jer,mcm nak ketuk2 jer suruh shoot betui2...hehehe...yerla,takut tak masuk jer. Aku pun jadi lah 'porm-porm boy'sambil menyokong wife aku. Tengok memula dia memalu kucing, tapi bila dah dengar orang bersorak, perh....ganas dia jadinya.





Nielah antara aksi-aksi wife aku

Petang tue balik dalam kul 6 petang,tengok wife aku dah kepenatan. So, sampai rumah kitaorg restlah. Lepas nie nak gie melawat abah kat Sri Petaling. Nak makan malam dgn dia kat sana. So, lepas Maghrib wife aku pun memulakan langkah 'bersilat' kat dapur. Memasak untuk makan malam. Pada masa yang sama, orang sibuk nak buat 'Earth Hour 60'. Sepanjang perjalanan, dapatlah tengok bangunan-bangunan utama memadamakan lampu. Kitaorg yang bawa kete nie takpadamlah. Kang tak pasai2 eksiden laks.Lepas lepak kat Sri Petaling, kitaorg menghala ka Wangsa Maju, gie ziarah umah Mak Ndak aku yang dah lama aku tak gie. Tengok, kena makan lagie,nasib baik lah perut nie ada ruang kosong lagie.Aku pun belasah lah keropok, jagung rebus dan apam balik. Apam balik yang Pak Ndak beli mmg sedap. Nanti nak cari apam balik kat pasar malam ctulah. Best Wooo...

Kitaorg sampai kat umah dalam kul 12 malam. Mmg penat tul hari Sabtu baru nie.Sampai orang umah aku demam,selsema.Sian laks tengok dia. Takperlah Yang....duk rileks bebanyak yerp. Keesokan harinya, wife aku masak Nasik Ayam. Beruntungaku dapat wife mcm bini aku nie.Sebut jer masak apa. Mesti jadi dan kena dgn perut aku. Kitaorg makan reramai. AKu, wife aku,Adik aku,Ipar aku. sebelah petangya aku ajak wife aku gie Taman Metropolitan Kepong. Berjalan-jalan sambil mengeluarkan peluh. Mmg happening kat kawasan tue. Penuh, bebudak.Ayah budak,mak budak, ader org main layang2. memancing ikan,memancing awek, ader berjoging,ader main beskal dan tak lupa jugak,ader yang bertenet.Hehehe.....Dekat sejam gaks kitaorg round satu tasik tue, best...menyihatkan dan menenangkan....

So, moral of the story - bersenamlah untuk kesihatan....cara terbaik untuk menjaga badan...Hehehe....

Monday, March 22, 2010

Lata Jarum

Lokasi : Kawasan Berair
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk jugak
Aktiviti : TERJUN...jgn tak terjun


Hulu Dong, korang pernah dengar tak? Kat area sini ader kawasan air terjun yang dipanggil Lata Jarum. Ala....kalo nama yang Lata2 nie...kawasan air terjunlah gamaknya. Aku pun tak tau macam mana aku yang kurang berminat dalam acara basah2 nie terlibat sama dalam terjah-terun nie.Hehehe....Perjalanan dari Raub tidaklah jauh mana. dalam setengah jam dari jalan utama, dah sampai.

Lagipun, korang tak boring dengan pemandangan di sini sebab sepanjang perjalanan, suasananya amat menarik. Dengan berbekalkan nasi dan lauk pauk yang best, confirm terngiang2 jer bila balik dari berkelah nie.


Bapak mentua aku yang tak terjah-terjun nie, turut sama terjun kat sini. Hasil penangan menantu,anak2nya dan isterinya....mana tahan beb....dia pun turut sama bergelumang kat dalam air terjun nie.

Wan, Jue dan Haziq( My ipar)

Srikandi Negara...hehehe...


Angan-angan mat Jenin

$^@&*#&*#%&!*&?? ( Apa yg aku pikirkan???)

Walaupun penat ke endseman aku masih terserlah

Walaupun dah dekat tengah hari, airnya memang sejuk bangat. Aku tengok kawasan tue still dalam renovation. Diaorg upgrade kawasan tue. Ader surau, kedai makan, hall. Dah siap nanti, mesti happening punya.Kawasan nie sesuai untuk keluarga pergi berkelah. Mahupun couple2 nak ber dating. Kitaorg lepak kat sini dalam 3 jam. Masa tidak mengizinkan kerana masing2 nak balik dah. Yerlah...tak kan nak berkampung kat situ laks. Aku nak menghala ke KL sementara my father and mother in law nak balik Kuantan. Kitaorg kena budget2lah masa nak berkelah nie. bagus juga mandi kat air terjun nie, Bukan aper, dapat release tension, disamping itu sebagai fisioterapi bagi aku. Berendam dan relaks. Kaki nie bila pijak batu2 situ, rasa best jer....seperti diurut2....so, kepada sesiapa yang nak bawa famili ke sini...aku syorkan memang best. Korang just surf the net, cari LATA JARUM. Memang menarik...

Moral of the story - Sekali jumpa air...mcm nielah jadinya...




Little England

Lokasi : Kawasan Pergunungan
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk
Aktiviti : Layan Jiwang

Pada 20 dan 21 baru-baru nie, aku, my wife,ipar, bapa dan mak mentua gie berjalan-jalan di Little India. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih dari Bandar Raub tue membuatkan penumpang-penumpang aku jadi pening-pening lalt, termasuklah aku yang pening ala2 ibu mengandung.Hehehe...Perjalanan memang mencabar bagi aku yang tak sihat lagie, liku-liku, belok maut punya, teringatkan aku macam dalam citer Initial D tue,nasib baik ader oenumpang, kalotidak, abisnya di drift oleh aku. Kami bergerak dalam pukul 11 lebih dan sampai disana dalam pukul 12 lebih gaks. Walaupun tengah hari, keadaan di atas memang sejuk bangat. Tempat yang tenang, sejuk, sesuai untuk orang beromantik abish.,..hehehe...

Tempat nie memang sesuai untuk orang yang suka aktiviti jalan denai or dalam bahasa jawanya Jungle Trekking.Sebab aku tengok banyak laluan Jungle Trekking kat sini. Tak salah aku adalah dalam 5 ke 6 laluan yang aku nampak. Best gaks berpeluh di kawasan yang sejuk nie kan.Seni bina rumah juga menimbulkan suasana ala2 British; nie kalo pekena teh dgn roti bakar atas nie,perhh,,,...jadi mat salleh ler kitaorg. Berada di atas, membuatkan kami bergambo sakan. Bukan apa, org macam aku nie umur dah 30 tahun(muda lagi) baru nak jejak kaki di The Little England nie. So, dgn kesempatan nielah aku bergambo sakan.

Sebelum tue, aku nak ingatkan kepada sesiapa yang nak masuk kawasan nie, dia ada polisi turun dan naik kenderaan. Dia ader masa2 tertentu untuk naik kenderaan dan turun kenderaan.Kalo jam ganjil adalah masuk untuk naik gunung,contohnya 1,3,5,7 dan seterusnya dan jam genap adalah masa untuk turun gunung( 2,4,6),ala....macam korang belajo dalam matematik dulu2...no genap dan no ganjil. Takderlah laks masuk pembezaan ker,pengamiran ker.

Pagi tue kitaorg bernasib baik sebab masa sampai kat sana, kitaorg terus naik jer, sampai kat pintu gate sebelah atas, tengok2 banyak kereta berbaris, ingatkan diaorg lepak2jer, rupa2nya tengah tunggu turn nak turun. Selepas di baca brouchers kat situ, barulah kitaorg tau. Bagi sesiapa yang baru sampai kat kawasan nie, aku cadangkan korang gie lah kat information counter dulu iaitu Puncak Inn. Bukan aper, korang bolehlah bertanya kat pekerja situ apa tempat2 yang menarik dan bagaimana nak ke sesuatu tempat tue.Lepas di study brouchers yang diperolehi, kitaorg pun memulakan perjalanan kat Little England nie...

Ada beberapa tempat menarik disini. ......untuk bermain air, memanah, berkuda dan untuk golfer ada padang golf gaks. Lagi satu, bunga2 kat kawasan nie memang cantik. Yerlah, kawasansejuk katakan, so aku pun bergambo lah ala2 Kuch-Kuch Ho ta Hai...hehehe....Suasana sini memang tenang, Nasib baik mak dan bapak mentua aku ader, kalo idak, abislah aku menggataldengan bini aku...hehehe...Kitaorg sempat lagi makan kat atas nie tapi pada pandangan aku, makan kat sini tak best pun,makanan dia semua tawar2...tak taulah kalo orang gunung memangkurang makan garam ker. Tak taulah kan. Kitaorg sempat gaks sembahayang kat atas nie. Nielah satu2 nya surau yang aku tengok takder air cond or kipas. Bukan aper, sejukkk....amik airsembahyang pun badan dah menggigil, punyalah sejuk sini. Macam manalah orang sini mandi yerp...mau beku jawabnya.

Lepas makan, sembahyang, kitaorg round2 kat kawasan sini, Kitaorg tak sempat nak gie kawasan air terjun kat situ sebab tak sempat. Dalam puku 2.30, kitaorg bergerak balik. Dalam perjalananturun tue, penumpang2 aku muntah2...tak tahan dengan kawasan beralun nie. Aku pun tunggu ler bini aku bilalah nak muntah2 nie....hehehe....tapi gagah gaks dia. Dekat Asar jer, kitaorg dah sampai rumah. Wife aku belasah durian dulu tapi aku macam biasa belasah tidur dulu...penat....OOoo...lupa nak habaq, kat mana Little England nie? Haaa...maner lagie, Bukit Fraser lah....hehehe.....

Moral of the story - Sebelum korang nak gie luar negara, adakah korang dah sampai tempat2 macam nie?...fikir2kan...

Kontrol macho abishhh...





Sempat lena lagie tue....hehehe....

Haaa...nielah The Little England...nak tau sejarah, kena ler rajin mencari yerp...hehehe....


Wednesday, March 17, 2010

Nyum...nyum...nyum...

VS


Korang dapat bezakan tak aper perbezaan antara dua gambar nie.Haaaa....apa yang membezakan antara dua makanan nie aderlah satu yang dibuat, satu lagie orang yang tolong buat(makan kedailah tue). Gambo yang bawahlah org umah aku buat.Amacam, terliur tak sekarang.Hehehe...Malam tadi orang umah aku masak special sikit. Ala-ala western gitu....Mmg simple tapi best masakannya. Ader ayam grilled, hotdog, frencfries,baked bean,mayonis...perhhh...aku citer nie pun dah terliur jadinya.Hehehe...ditambah pulak dengan minum air oren...perhhhh...lagi terliur dibuatnya,Kalo itung2, agak2 berapa yerp kalori yang ader yerp bagi setiap hidangan tue.

Semalam gaks ader acara menimbang antara kami berdua. Isteri aku berjaya menurunkan 2kg dalam masa seminggu nie sementara aku hanya 1 kg jer.Berkat excerxise dan kontrol makan, berjaya juga kami menurunkan berat badan dengan carasihat. Ditambah pula isteri aku sekarang dah kurang sakit2,lenguh2; berkat excercise dia. Sekarang nie pun bersemangat nak kerja. Except kalo x cukup tidolah.Hehehehe...So, kepada sesiapa nak menurunkan berat badan tue, ikutilah 2 langkah simple nie. Excercise dan pengawalan makanan. Itu jer. Kalo nak buat tue kena lah sungguh2...Jangan hangat2 tahi ayam jer. DAn juga sokongan orang keliling. Macam akulah bagi sokongan. ISteri aku tengah excercise, aku tengoklah dia excercise sambil makan2....hehehe....
Berat aku turun 1 kg jer sebab tue normal bagi aku. Yerlah, aku dah turun 10 kg pun, dah melepasi takat tepu. So, untuk penurunan seterusnya nie,jadi slowlah sikit ( x nak ngalah nie,hehehe....).Aku still nak dapat berat ideal bagi aku nie. Entah bilalah nak dapat berat yang ok. Kang aku dah kurus,slim, lagielah endsem jadinya aku nie. Sekarang nie pun dah endsem,lepas nie lagielah endsemnya.Hahaha....Aper2 pun, aku nak turunkan berat aku lagie nie. Dulu sebelum eksiden boleh lah aktif, sekarang nie kena buat slow2. Nak berlari, nak work out,everything kena jaga. Takut fracture kat bahu kiri dan tulang tengkuk C7 nie melarat laks. Dan mata kiri nie yang lepas operation ritu,so, everthing must back at one.Slo2-slow...
Moral of the story : p/s for my honey - Tak takut ker abg jadi kurus, endsem kang kena ngurat...hehehe....


Monday, March 15, 2010

MATTA FAIR

Nie nak promo iklan ker,...jam ker...or gelang yerp?...
12-14 Mac baru-baru nie berlangsungnya MATTA Fair yang telah lama ku tunggu. So, aku dgn orang umah mengambil kesempatan untuk pergi ke sana meninjau apakah yang menarik dalam pameran tersebut.Pada masa yang sama pameran pengantin dan kerjaya turut diadakan di PWTC nie. So, korang boleh gambarkan lah betapa jem nya jalan nak ke PWTC dan jemnya jugak dalam PWTC nie. Memula nak pergi naikkete, tapi disebabkan jalan memang betui2 jem dan ditambah dengan kepala aku yang jem jugak nie, aduiss...dan atas nasihat 'puan penasihat'...hehehe...last2 kitaorg pun parking,naik LRT Sentul Timur. Tak sampai 10 minit pun, kitaorg dah sampai. Sesampai di PWTC, perhhh...berbaris orang nak gie sana. Kitaorg pun berjalanlah slow2...akhirnya sampai gaks. Tempat pameran nya memang besar.Ader 3 hall semuanya.Memula nak masuk, kitaorg pakai redah jer...tetengok ader sorang amoi yang jaga pintu masuk suruh beli tiket. Rupa-rupanya kena ada tiket kena ikat kat tangan. Macam pakai gelang. Korang nak pakai kat kakipun boleh gaks. Kena angkat kaki tinggi2lah nanti.Hehehe....So, kitaorg patah balik turun nak beli tiket, dah dapat tiket, apa lagie, dengan bangga nya kitaorg masuk, siap tunjuk lagie tiket yang baru dibeli tadi kat amoi tue balik. Hahaha...puas ati kitaorg.Amoi tue pun tersengih-sengih kambing jer...masuk jer dalam dewan, tergamam jap. Tak tau nak pergie mana dulu, dengan orang bersesak2...slow2 lagie kitaorg meredah dewan pameran tue...


Keadaan yang agak jem masa pameran tue
Memang aku akui diaorg punya offer murah2. Dalam negara or luar negara. Tapi yang kitaorg plan nak repeat gie Langkawi dan juga Sabah.Yang luar negara....hehehe...tengok ongkosnya dulu...Banyak duitnya, jauh ler langkahnya.Pusing2 dalam sejam lebih, kitaorg pun balik. Dalam menuju ke LRT tue, still ramai orang lagie. Nasib baik tiket dah beli pergi balik( niepun atas nasihat Puan Penasihat). kalo tak, beratur panjang gaks nak membelinya.After pergi PWTc, kitaorg pergilah membeli barang2 sikit kat Wangsa Maju. Then, kitaorg pun balik ke rumah.

Aku sebenarnya, kalo tak ada bini aku nie, memang terperap jer kat rumah. Macam zaman bujang2 dulu, takder aper2, aku terperap jer kat bilik.Janji ada TV, Internet, memang tak keluarlah. Kalo keluar pun nak balik Kuantan jer.Pekeliling,Puduraya jer lah tempat aku. Nasib bek ader bini aku. Kalo idak, dah 3 tahun duk KL, x kenal mana2 tempat pun. Sekali lagie,terima kasih 'Puan Penasihat'.Hehehe....So, minggu nie keluarlah juga akhirnya.Ahad jer kita org duk terperap kat rumah. Nak rest.Minggu depan nak jalan-jalan ke Raub laks.Apa yang ader sana?Ha.....tungguuuu....
Moral of the story - Untuk Puan Penasihat, komisen takder yerp atas nasihat2 tue...hehehe.....


Friday, March 12, 2010

The Biggest LOOOOSEERRR


Gara-gara pertandingan the biggest looser antara aku dan bini aku membuatkan aku tak nampak nasi hampir seminggu nie. Nak makan jer....mesti ader cerita pasai kalori. Makan itu kalorinya banyak nie,makan ini kalorinya banyak itu, pastu dengan aktiviti harian kita pun ada guna kalori so,Rupa-rupanya kalori nie merupakan faktor untuk menurunkan berat badanlah. Di samping itu, senaman yang berterusan gaks perlu untuk mempercepatkan penurunan berat badan nie. Excercise dan kawalan makanan. Confirm leh turun punya.




Pastu mengelakkan pengambilan karbohidrat yang banyak juga memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan ini. Kita nak makan nasi boleh. Kalo biasa makan 4 pinggan macam aku nie, kurang-kurangkanlah ke 1 pinggan ker(amik pinggan yang besar talam).Hehehehe....



Jangan sampai boroi laks banyak minum nie

Yang minum2 nie lebih banyak kepada psikologi jer...Walhal konsep sama jer. Minum ubat diaorg, pastu ader laks cakap kontrol makan dan senaman. X sama ker kalo kita wat senaman dan kontrol makan seperti yang selalu kita wat?Turun juga berat badan. Pastu nak sedapkan ati pelanggan cakap minum produk diaorg membantu mempercepatkan turun berat badan. Walhal minum banyak air dan makan buah-buah dah cukup dalam proses tue. Korang search dalam internet, cari makanan yang membakar kalori ker,makanan yang serap lemak ker....berlambak. Nie semua propaganda diaorg jer nak melakukan produk.Tul tak?Aper-aper pun, aku percaya tradisional method punya,excercise and kontrol makan,pasti akan turun dengan sihat dan berkesan.Kalau ubat-ubatan nie,bila berhenti jer,bdn mesti naik.
So, kepada sesiapa yang dalam proses menurunkan berat badan nie, yakinlah pada diri sendiri.Janganlah percaya pada minuman or ubatan yang boleh menguruskan berat badan. Sebab tiada yang mudah dalam mendapatkan sesuatu.Macam orang jawa cakap "No Pain No Gain".
Moral of the story - walaupun aku gemuk, aku stil maintain endsem dan macho(menurut kata bini aku ler)....hehehe...

Monday, March 8, 2010

Aktiviti ujung minggu

Ujung minggu baru2 nie aku menemankan bini aku ke Jalan TAR. 'Syurga'perempuan katakan. Memula janji dgn member bini aku, last2 x jadi. Dia segan laks,....aku pun ngikutlah bini aku, Lepas makan kat Station Kopitiam, kitaorg menghala kesana. Dahlah sampai dalam tengah hari...bahangnya mulalalah dirasakan. Memang ramai dah org bershopping masa2 macam nie. Xkira panas mentari, kaum2 hawa nie mengagahkan diri gaks bershopiing. Mmg aku akui barang2 kat Jalan TAR nie murah, tapi kita kena pandai cari dan tawar menawarlah. Budget aku kalo ujung2 minggu mcm nie,rasanya harga dia up ckit kot. Tgk lah atas peniaga. Aku yang mmg jenis berjalan shopping nie, mulalah acara muncung-memuncung kat bini aku...rasanya panjang macam ni kot
(signal kat bini aku agar cepat2 bershopping)...hehehe....memula oklah lepas tue, tetiba jer perut memulas, lagilah panjang muncung nie.isteri aku aderlah membeli dua 3 jenis tudung. Aku pun biarkanlah dia memilih. Janji dia puas hati.Aku sebenarnya takader aper nak belipun(walhal duit takder)...hehehe....just window shoppinglah...

Apa yang best bershopping yerp?Aku tengok pompuan nie kalo boleh tiap2 bulan ader jer benda nak beli. Tapi yang lakinya laks, just beli barang bila perlu jer.Cuba korang kira tudung2 kat umah tue, kasut2, baju kurung, agak2...cukup x sebulan punya rotation. X tau lah kalo ader laki maintanance tinggi ker. Beli ngalahkan pompuan jugak. Walau apa pun, belilah mengikut kemampuan.Minat2 tue, minat gaks. Benda lain kena ingat gaks kan....Dan macam biasa,sementara bini aku tengah sakan bershopping,jadilah aku sebagai penunggu yang setia...hehehe
So, lepas abis bershopping tue, aku pun dengan pantas meluru ke tandas dan melepaskan 'rindu' dendam yang lama terbuku di perut. After that, kitaorg balik lah ke rumah.... Home Sweet Home....

Sebelah malamnya pula, orang umah aku membuat kunjungan hormat kat rumah member dia yang tgh sarat pragnent. Aku pun menghantarlah dia then terus ke tempat my father bekerja.Duk lepak kat sana. Sambil sembang2,
tanya khabar, tgk bola kat tv, sedar tak sedar hampir kul 11.Aku kemudiannya ambil bini aku balik.Mane leh lepak lama2....banyak diumpatnya nanti.Hehehe....

Hari Ahadnya, orang umah aku masak special punya untuk thari. Masak lomak cili api, Ayam berbeque apatah, ikan masin,perhhh....walaupun simple, tetap best. Mestilah, isteri sendiri masak,mesti rasa best kan.Kalo ikutkan, tiap2 hari nak suh dia masak best, tapi mengenangkan bini aku penat bekerja, it's ok.Makan simple2 jer....janji orang umah masak dan hidangkan...yang basuhnyer...abang ler...hehehe...So, ujung minggu kali nie kitaorg banyak habiskan masa di rumah jer...nak tunggu 12-14 Mac nie.Ada pameran MATTA FAIR. Hope dapat tiket2 murah nanti.Ingatkan nak ke Sabah. Boleh honeymoon lagie jauh2....hehehe....Yang penting booking dulu....

Moral of the story : Kalo nak ikut kaum hawa punya aktiviti, pastikan si adam ni fit dulu,bukan apa,penat gaks ngalahkan main bola...hehehe....

Friday, March 5, 2010

Hujung Minggu yang penuh kejutan dan hepi...part 2

Cyberview Lodge Resort...




Hari berikutnya kami suami isteri membuat program ke Cyberview Lodge Resort. Sebelum itu, kami menghala ke Putra Jaya untuk menghantar rakan kami ke kenduri kahwin ke sana. Dalam keadaan kelam kabut dan masa singkat, akhirnya kami tiba disana dalam keadaaan yang tengah blur...Well, tempatnya memang menarik. Mesti x sangka ada resort yang seakan-akan kawasan laut.Walaupun ianya berada di tepi highway jer...hehehe...Kami makan di Verandah...
sebuah Coffe House yang berada disana.Konsep makannya adalah buffet. So, budget dalam RM42.00++ seorang. Bagi aku harganya ok dan berpatutan kerana dengan harga sebegitu,macam-macam jenis makanan yang boleh dijumpai. Dari masakan Melayu,India,Cina,Mamak,Jepun...so bagi perut aku yang jenis "Majlis Perbandaran' nie amatlah sesuai dengan konsepnya. So, aku dapat trylah macam2 jenis makanan.Puas ati aku makan tengah hari tue, dengan perut kosong, perhhhh...tapi diingatkan, air jus tak dikira pakej, kalo nak order jus lebih, kena bayar lebih sikitlah.Di sebabkan Supervisor yang adamasa tue baik ati sangat(promote ler tue), so, dia x masuk bil aper yang kitaorg amik. Hehehe...





Then, lepas makan tue, pujuk2 Alex, dapatlah kitaorg round2 satu resort tue, dengan naik Buggy Car.Hehehe....macam pelancong laks dia bawa jalan-jalan. Kitaorg pun round2 lah resort tue....bestnyerlah...nak dijadikan cerita lebih klimaks, tetiba berkumandang Lagu HappyBirthday yang diketuai oleh bini aku,Aduishh,,,,terharunya....nasib baik pemandu Buggy tue tak menanyi sekali. Hehehe....aku macam biasa, sambil kontrol endsem pun tersipu malu ala2 buaya....




Dah abish round kat area ctu,akhirnya kami menghala balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kami menghantar member ke Pekeliling sebab dia nak balik Kuantan.Abis jer anto ke Pekeliling, Aku menghala kerumah makcik aku ka Damansara Damai. Sembang2, umpat2,kutuk2,...dalam 10.30, kitaorg pun balik ke rumah.Sampai ke rumah, first sekali aku wat, on internet. Nak cari live bola Liverpool lwn Blackburn Rovers. Akhirnya dapat gaks. Puas ati tengok Liverpoolmenang 2-1.So, dikelarutan malam, sambil merenung bini aku yang tengah tidur kepenatan, aku rasa begitu hepi sangat sebab dia bertungkus lumus untuk celebrate birthday aku kali ini. Sayang....thanks a lot for 2 hari nie....Abg hepi sangat....Mmmuuuaaahhh...
Kejutan kali ke dua...
Hari nie 01 Mac 2010, genaplah umur aku 30 tahun. So, hari nie aku pergi X Ray kat Hospital Selayang sambil ditemani isteri aku yang bercuti. X sangkalaks dia ambil cuti semata-mata nak celebrate Birthday aku rini. Punyalah lama kitaorg menunggu turn nak abishkan XRay dan dalam kul 4 lebih, semua settle.Penat menunggu jer satu hari nie. Fracture bahu dan tulang tengkuk aku dah bertambah pulih, doktor beritau aku dah boleh start kerja esok dan dia menasihatkan agar tidak melakukan aktiviti berat untuk 1 setengah bulan berikutnya. Balik dari semua urusan, sembahyang, aku terus gosok baju untuk kerja esok...
Tetiba terdengar TV berbunyi kuat.Awatlah bini aku pasang TV kuat2 nie...aku pun meneruskan aktiviti menggosok baju...Sambil menggosok, berbulu jer atidengar TV kuat2. Dengan rasa x puas ati, aku pun meluru keluar bilik the tetiba...




Hepi Besday to you...hepi besday to you...hepi besday to abg....hepi besday to u....terkejut beruk aku. Dahla pakai boxer jer masa tue(nasib baik body ala Hritik Rosyan)hehehe, tengok wife aku, adik aku tengah pegang kek besday...waduh...mau sesak nafas dibuatnya tau....then malam tue kitaorg pun celebrate besday aku dengan makan kek, Dominos'Pizza, air oren...fuh... 3 hari berturut-turut program besday aku tahun nie....hehehe....hepinya yang....the best of my Life tau...