Saturday, December 18, 2010

Salam semua.....sori lama giler aku x tak mencoret nie...al makmlumlah....apa kabo semua?Aku cni sihat somko naknya, isteri aku sihat, cuma bebaru nie kena masuk Hospital Selayang sebab BP dia tinggi. Kalut jugak aku ari tue, ingatkan kena tahan wad macam biasa, tetiba dia tepon cakap kena buat operation ari tue gaks,keluar peluh jantan and kalutlah jadinya. Dia dah masuk dewan bersalin masa tue, doktor nak tengok BP dia macam mana. Kalo x ok, terus kena operate, kalo ok tunggu masa jer lah nak bersalin. Betui gaks cakap orang, isteri kita yg preegnant nie kenalah bagi support kat dia, masa2 mcm nielah kita kena sentiasa ada disisinya. Aku tgk, bila time aku ada kat sebelah dia sambil mengurut, turun laks BP dia ( macam nak manja-manja jer bini aku nie...hehehe). Aku pun menemankanlah dia kat situ. Setelah dua harikena tahan wad, jumaat baru nie dia dapat keluar. Mcm manalah pulak keadaannya bila betul2 nak bersalin nanti yerp, yg pasti aku akan berada disisinya masa itu. Siap bawa banner macam tengok bola lagi nak support dia. hehehe...Oppssss...lupa laks. Anak aku sihat....hehehe...Di kesempatan masa terluang kat sini, aku pun mencoretlah sikit cerita2 terbaru aku.

Baby Girl...mmg dah confirm dapat baby girl nie :),....dan yang penting, isteri dan anak aku sihat.Dalam kepala nie mcm2 terlintas nak beli barang2baby...yerlahhh...kalo gerll....mesti warna pink temanyakan. Semangat bapak sorang nie berkobar2, tak sabo nak jumpa baby nya....yerlah....lama dah eden nunggu nie....

Yang seronoknya masa scan tue, baby kitaorg pandai main2...memula scan,...nampaklah penuh mukanya,then bila doktor pusing2 kan alat scan tue, mula lah dia start tutup muka. memula sebelah tangan, then dua2 belah. Bila buka, doktor nak tangkap gambo, tutup muka dia balik. Malu tul dia...ikut perangai siapalah tue yerp....hehehe....kalo bapaknya dia mesti kontrol macho punya.

Kita org wat scan 4d nie kat klinik W.Y. Ko. Dekat Kuantan. Murah memang murah. Dalam RM 85 jer. Kalo tempat lain mau Rm 100++ tau. Selain itu, doktor dia memang peramah dan yang paling penting, tempat dia tak crowded....yerlah....berbayar kan...heheheh....kalo free mau berjanggut menunggunya. So, kepada Dr. Ko, kalo ramai customer lepas nie....bagi komisi sikit...hehehe....

Nak beli barang2 pun kena pikirkan gaks. Barang keperluan, pakaian dan macam2 lagi. Kena start beli dah sekarang nie kan, at least tak kelam kabut jadinya nanti. Orang cakap baby nie cepat membesar, so barang2 tue kenalah fikirkan utk masa depan dia. Selain barang2 anak,
barang2 maknya juga perlu gaks, maklumlah...lepas bersalin....Nie dia aku senaraikan brg2 yang dipikirkan perlu...kot2 ada idea nak top up lagie senarai2 yang ader nie..

Untuk Bayi
Pakaian
1. Baju:
saiz new born 5 pasang,
saiz 6-12 bulan 5-7 pasang, lebih pun tak pe sebab boleh pakai sampai umur setahun atau lebih
(gabungkan :
seluar panjang dan seluar pendek,
baju lengan panjang dan pendek,
baju lubang2 utk cuaca panas, singlet dan baju jalan)
2. Stokin/sarung tangan dan kaki: 5-7 pasang
3. Sapu tangan: 10 helai
4. Tuala mandi: 3 helai
5. Lampin kain: 1 dozen untuk bedung, multipurpose
6. Kain bedung: 3 helai
7. Selimut
8. Topi yang sesuai - elok ada topi yang boleh lindung dari panas bukan sekadar fesyen.
9.Barut bayi / binder: 10 helai

Dandanan dan Ubatan
1. Minyak telon, minyak yuyi - ada dr tak berapa galakkan. minyak yuyi panas sikit banding dgn telon.Betui ker tue?
2. Minyak bayi - baby oil, minyak zaitun pure tu okay gak atau minyak kelapa dara
3. Syampu, sabun - elok beli pek kecik (travel set) sebab takut kulit baby tak serasi.
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik.
5. Pembersih hidung - berbentuk seperti hon
6. Krim lampin - boleh beli di farmasi jenama antaranya bepanthen (boleh juga digunakan sbg krim nipple merekah jika menyusu) dan drapolene
7. Lampin pakai buang saiz newborn (jika nak pakai lampin kain boleh juga beli CD - cloth diaper)
8. Sikat lembut.
9. Kapas muka / cotton ball

Feeding
1. Botol susu
2. puting getah untuk newborn (tengok saiz)
3. Pembersih botol susu.
4. Steriliser kalau budget lebih. Boleh juga beli pil untuk sterile, jadi tak perlu stim/rebus botol.Ada udget ker...hehehe...

Peralatan
1. Besen mandi beserta getah alasnya kalau tiada - biasanya awal2 kita mandikan kat sinki atau besen kecik je yang ambik dari dapur
2. Stroller - beli lambat sikit pun tak pe.. lepas abis pantang ke
3. Katil bayi - beli lambat pun tak pe.. sebab kebanyakan ibu terutamanya yg menyusu suka baby tido sebelah... senang menyusu dan perasan kalau dia nangis...
4. Kelambu payung - jika rumah ada nyamuk.
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby.
6. Lapik plastik untuk salin lampin bayi. - sesetengah diaper bag ada ni sekali.
7. Tilam bayi - jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu. Boleh juga beli comforter/tilam nipis, nak jalan2 senang.
8. Bantal dan bantal peluk.

Untuk Ibu
1. Breastpump.
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan - bukan tutup atas bulat tu
3. Barut
4. Batu sungai jika ingin bertungku
5. Stokin tebal
6. Rempah2 untuk ibu dalam pantang utk letak dalam makanan seperti halia, lada hitam, kunyit, bawang putih - ni boleh beli lambat sikit kang kecut semua
7. Nursing bra
8. Jamu jika mahu makan jamu

Selain barang2...namanya pun susah nak pilih nie. Kalo leh, mestilah nama yang baik2...manis macam bapaknya...nak nama yang canggih2 laks tue...perh,....silap ari bulan, dah bersalin nanti namanya tak ketemui jugak...ada idea tak nama apa? Banyak nama yang dipilih nie, tapi memasing tak dapat ,persetujuan bersama lagie,...hehehe.... Bagi aku, nama2 simple udah ler :)....



Sunday, September 19, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010


Pose di pagi raya...

Hi everybody...and assalamualaikum....Mcm mana dengan sambutan hari raya ini? Aku raya ke 4 dah start masuk kerja. Walaupun hanya beberapa hari, banyak tempat gaks aku pergi. Biasalah,...dah tahun kedua aku beraya berdua nie.Ehh...silap...bertiga...hehehe....

Alhamdulillah aku dapat berkahwin dengan orang yang dekat2 dengan kampung aku. Yerlah,...isu nak beraya umah siapa dulu tak timbul. Kalo susah2 nak beraya umah siapa dulu, kenalah beraye asing2...tul tak? Bak kata orang berbincang dahulu antara suami isterikan. Pada pandangan korang, mana lebih baik?Kawen setempat atau berlainan negeri? Bagi aku sama jer. Cuma yerlah, bila kita beraya berjauhan dengan ibu bapa, syahdunya terasa walaupun isteri or suami ader disisi. Tipulah kalo cakap takder kan.



Heroin2 ku....

Aku 'faberet' sekarang nie makan ketupat goreng. Perh....best siot bak kata orang KL. Nak2 pulak ketupat yang digoreng oleh wife aku di pagie raya. al-maklumlah....setahun sekali masak untuk suami kan. Betul tak yang?....hehehe....Pagi raya pertama tue, biasalah aktiviti suami isteri. Bermulalah adegan hindustan di mana acara memohon maaf ala Kuch-Kuch Ho Ta Hai berlaku. Masa nie lah memasing memohon maaf atas kesalahan,keterlanjuran, ke'laser'an dan bermacam-macam lagi yang telah dilakukan sepanjang tempoh sethun lepas. Bagi aku, segala kesalahan yang isteri aku lakukan selama nie telah lama aku maafkan walaupun sebelum hari raya. Kita sebagai suami, sebelum tidur, tenunglah wife anda... Pasti kemaafan itu akan lahir dari hati kita...

Then, barulah acara bermaafan antara ahli2 keluarga. Alhamdulillah, hampir semua adik beradik aku menyambut hari raya di rumah. Kecuali angah jer yang beraya di Kelantan. Then kami sekeluarga beraya di rumah keluarga isteriku laks. Kira besan nya...Makan nasi ayam tue....hehehe...Then lepas tue laks, beraya umah abg ipar aku, abg amir. Masa tue perut dah full dah. Rembat jer makan apa2 yang ader masa tue. Tapi dalam kuantiti yang sikitlah.

Keesokan hari nya pula, aku beraya di Temerloh. Dan secara kebetulan pulak Mak Uda aku menyambut Hari Jadinya yang ke 18. Itu sebelum ditambah 34 lah. Hehehe...Aku masa sampai kampung tue, geram jer tengok buah2 rambutan yang masak kat depan umah tok aku. Last2, capai galah, kait terus. Aku pun ajaklah Pak Teh join sekali. Duduklah bawah pokok rambutan sambil kontrol endsem depan umah tue. Then Pak Teh ajak minum air kelapa sekali. Apalagi, aku yang hobinya memang makan, terus ikut jer.Hehehe....

Aku bergerak balik dari Temerloh lebih kurang jam 10 malam. Sampai di Kuantan, aku pun teruskan aktiviti aku, iaitu makan.Hehehe....Hari raya ketiga pulak, aku menghala ke Kuala Terengganu, kami berkonvoi 3 kereta. Kereta aku, kereta baru sikit dan kereta terbaru...hehehe...(kepada ipar2 aku, paham2lah yerp) Sepanjang menghala kesana, tengok orang jual macam2 kat sana. Air nira lah, jagung, keropok, lemanglah, bak kata orang kita nie mmg mewah dengan makan. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kita org singgah kejap kenduri kat Marang. Aku tengok,orang Terengganu nie kalu berkenduri mmg tak guna meja makan yerp. Semua duk atas kerusi jer. Kita makan kira duduk dan pegang pinggan. Tak taulah konsep aper yang diaorg guna. Maybe nak bagi orang cepat makan kut...



Nie Ipar2 aku dgn tok sekali join...

Aku bermalam di Kuala Terengganu. Keesokan harinya kami berjalan2lah di Kuala Terengganu. Dapatlah jalan2 sekejap kat Pasar Payang. Memang geram jer aku tengok barang2 kat ctu, nasib baik di limitkan dengan kewangan.Hehehe....kalau ader...penuh bonet kereta aku yang memang sedia penuh tue. Dah sampai kat Kuala Terengganu, tapi tak pernah sampai Masjid Kristal yang orang sebut2...bukan tak nak pergi, masa limit sangat. Nak berkejar balik ke KL laks, dapat tengok Masjid Terapung pun dari jauh...takper, ader masa nanti akan sampai gaks kat sana tue. Aku nak tengok aper yang canggih orang ceritakan.

Dan last sekali, bermulalha perjalanan pulan aku ke Kuantan. Yerlah, rasa berat hati nak kerja balik. tapi apakan daya, demi tugas kan...Aku sampai KLlebih kurang jam 11 mlm. Sampai2 jer di rumah, mulalah hati ini merasa sayu balik...Sayunya beraya sorang2 balik...huhuhu....

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya!!!

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri...Fuh...Agak lama gaks aku tak mencoret dalam blog nie. Bila tiba time pose2 macam nie, semua malas nak dibuatnya. Setakat penghujung Ramadan nie, alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku dan wife sihat...baby kitaorg pun sihat gaks...Bulan Ramadan nie, pasti banyak memori yang tersimpan dalam diri masing2 kan... meh aku nak storykan...

Bazar Ramadan
Nie mmg biasa bagi orang yang kuat makan macam aku nie. Banyak pilihan makanan yang boleh kita dapat kat bazar nie. Ader yang panggil bazar ramadan, PARAM ( time aku kat UTM dulu), singkatan bagi Pasar Ramadan and macam2 lagie. Bazar Ramadan yang biasa aku gie kat Kepong, Jln Kuching, Sri Petaling dan Wangsa Maju. But yang paling happening adalah di Jalan Kuching dan Wangsa Maju. Banyak gerai2 disitu. Wife aku yang tak sihat lagie tue, tetiba jer jadi sihat. Menonong jer. Banyak pilihan.Hehehehe...

Kad Raya
Nie lagie satu kenangan yang menusuk jiwa...cewahhh...Cuba korang ingatkan balik, Apakah kad raya yang paling beso korang anto, kad raya paling wangi korang pernah anto, kad raya paling jiwang korang pernah anto dan kad raya muzik macam mana korang pernah anto. Hik....hik...hik....Cuma sekarang nie dah kurang orang anto kad raya nie. Paling glamer MMS, SMS dan yang ber 's' 's' lagielah. Pasti semua tue bila kita kenangkan tersenyum sendiri jer...yang tahan tahan bila ader pantun2 kat belakang surat tue. Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Dan kekadang tak lupa gaks bila ader ucapkan terima kasih kat Mr Posmen kita tue...bila korang kenangkan, lawak gaks kan....hehehehe...

Baju Raya
Nie memang tak lari bila raya. Baju sedodonlah; nie untuk couple2 lah...suami isteri, pakwe makwe, adik beradik....Kalo yang bujang tak kisah sangat. Diaorg bebas nak beli aper, nak2 laki. Baju and seluar raya memang wajib. Dari jeans, slack, kemeja, t-shirt, kasut, jam and baju melayu. Tue time aku zaman bujang2lah beli semua tue, bila dah kawen, kemeriahan still ader sebab kena matching dgn my wife...aper yerp konsep aku tahun nie? Adakah konsep 1 Malaysia or....konsep recyle?...hahaha...jangan mare sayang.

Lagu Raya dan Ringtone Raya
Ha,...bab2 lagu nie, seminggu sebelum raya memang meriah. Bila dekat jer dengan hari raya, lagie keraplah lagu raya keluar. Apa lagu yang begitu menyentuh jiwa korang bila time2 raya nie? Macam2 ader. lagu Aisyah lah,Mamat EXIST lah, 4U2c lah, Blackdog Bone, M Nasir...uishhhh...wat senarai tak abish nie. Cuma sekarang lagu2 raya yang baru2 nie kurang mengancam lah kalo didengar. Tak cukup ummmppphhh.. Cuba aku sebut DJ DAVe, pasti korang teringat lague dia kan....:). Kesimpulannya, lagu raya best dengar pada bulan ramadan dan menjelang raya. Cuba korang mainkan lagu2 raya nie time2 hari biasa. Langsung takder mood dan kekadang kita laks cakap gila apa org yang mendengar tue. Tul tak?...Yang ringtone raya nie, confirm bila korang balik kampung, tengah beraya, macam2 jenis lague raya keluar. Yerlah...nak tunjukkan semangat rayalah tue, bila lagie kan...

Cuti Raya dan Tiket Bas
Wa, bab2 cutie nie aku memang sensitif sikit. Bukan aper, raya ke 4 aku kena masuk kerja dah. Kena pergi ke suatu tempat on and off selama 2 bulan lebih..waaa...beraya jauhlah dengan orang rumah...tak bestnya. Bagi yang bujang bolehlah masuk kerja awal2kan....huhuhu...sedihnya. Apa nak buat, berkorban untuk negara. Sesetengah orang laks suka laks kerja hari raya. Cakap dapat gaji triple lah, itulah, inilah...Memang diaorg nie jenis hati kering punya. Pagie tadi aku dengar cerita, tiket bas still banyak lagie musim sebelum raya nie. Tak taulah aku kalo tue tiket bas tambahan ker or bas yang mmg dah established. Sebut pasai bas tambahan nie, mmg aku tak suka sangat, yerlah...dahlah tiket mahal, tak selesa laks tue. Teringat dulu2 time bujang, time raya, kena naik bas tambahan,...sanggup duk depan tue sebab tiket dah abis. Bukan aper, terpaksa...hehehe...

Raya Umah Saper?...
Hehehe...nie topik yang hangat bagi yang dah berkawenlah...bab2 nie memang sensitif sikit. Yerlah....time2 raya nie 'sentimental' value sesorang tue tinggi. Memasing nak bersama keluarga sendiri. Walau apa pun berlaku, sumai isteri kena bertolak ansurkan. Pandai2lah berbincang dan memujuk. Tapi yang penting, tahun nie beraya kat umah aku....hehehe...jangan mare sayang. Bagi yang hangat bercinta, pagie2 rayalah kita dapat jumpa memasing naik motor sesama, beraya sesama, macam belangkas kena ikatlah...Nak beraya, berayalah...tapi diri kena jaga jugak yerp. Jangan beraya lain laks.

Kuih Raya
Apa kuih raya yang korang buat or tunjuk tahun nie. Aku tahun ni adalah mencuba membuat kuih goyang dan kuih siput.Bagi yang tak pernah buat kuih2 tradisonal nie, mau kalut satu dapur. Ramuan kuih goyang memang simple, tapi korang tau tak macam mana nak 'goyang'nya agar kuih tue molek jer jadi macam kita tgk kat kedai tue....
Meh aku story sikit. Setelah ramuan diadun dengan secukupnya, aku pun panaskan minyak macam biasa. So, bila dah panas aku teruslah mencelupnya dan terus ke dalam minyak. Goyang punya goyang, perhh...jadi macam sarang labah2 laks. Tak ikut bentuk. Aku dan wife aku jenoh memikirkan macam mana nak jadikan bentuknya molek...walaupun macam sarang labah2, rasanya memang sedap,rangup. Wife aku dah tak larat nak ke dapur, so aku meneruskan usaha aku untuk mendapatkan bentuk yang diidamkan. Setelah 3 ke 4 kali mencuba, akhirnya aku mendapat 'goyangan' yang diinginkan. Bentuknya yang menepati citarasa, rasanya, membuatkan aku bersemangat untuk terus 'bergoyang'.Hehehe...




Nielah cubaan kitaorg bagi menjayakan program 'Kuih Goyang SE'


Korang nampak tak ader satu kuih yang gelap tue, ntah mana sesatnyer...hehehe



Nielah hasil berkat usaha suami isteri...hehehe...



Setelah mendapat skil yang dicari, wife aku pun datang join balik untuk sama2 bergoyang. Maknanya, malam tadi kitaorg 'bertiga' bergoyang sakan buat kuih goyang nie. Setelah hampir sejam, habis semua adunan kitaorg masak. Dapatlah dalam 80 ke 90 keping kuih. Banyak jugak. Esok ingatkan nak sambung balik buat kuih2 nie. Penat nak buat kuih2 tradisional nie. Macam kuih goyang nie, kena panaskan loyang, celup dalam adunan, masak, angkat, then ulangi benda yang sama ikut setakat mana korang mampulah. Kalo nak tau resepi tue, banyak dalam internet ada resepinya. Cuma nak dapat skill goyang dan rahsia untuk loyang tue yang kita kena kaji, nak tau macam mana....?hehehehe....tunggu....

Eh....melalut laks aku nie. Seronok sangat sebab dah 30 tahun hisup nie, nielah first time aku bersemangat nak buat kuih raya. Tradisional laks tue. Ala...mungkin bagi kaum pompuan nie, benda macam nie biasa jer, tapi bagi aku kaum laki, seharusnya berbangga sebab berjaya membuat kuih tradisonal nie. Bukan senang orang endsem macam aku nie nak memasak. Hehehe...tapi aku nak tau respons kirang, macam mana results korang buat kuih goyang nanti. X buat banyak, sikit pun jadilah....kalo korang berjaya, aku tabik spring 100 kali...Hahaha...So, sempena raya nie, bagi yang nak berjimat tue, buatlah macam aku, buat kuih sendiri...hehehe....syok buat kuih nie rupanya...laki bini kat dapur...cuit2 sikit...romantik ala gitu...hehehe....

Bagi yang malas nak membuat tue, macam biasalah. Kena rajin berjalan dan tunjuk jer...sedap tak sedap tue ikut nasiblah. kekadang kita test makan, ok. Bila dibeli rasa macam hampeh laks. Lagie satu, bila membeli tue kenalah tengok tarikh tamat luput dia. Jangan dibedal jer....tengok2...lagie seminggu nak luput dah... Melepas laks...So, kenalah berhati2 bila membeli. bukan setakat kualiti, RM pun kena jaga gaks...hehehe....

Oklah. Setakat nie jer aku nak mencoret. So, kepada sesiapa nak balik raya tahun nie, aku nasihatkan memandu dengan berhati2, bagi yang naik bas tue, habaq kat pemandu bas tue berhati2, kalo nak bagi semangat kat diaorg, rajin2 lah urut belakang driver bas tue, confirm segar bugar diaorg. Hehehe....So, aku nak ucapkan kepada sesiapa yang membaca blog aku nie, "Selamat Hari Raya" , "Maaf Zahir dan Batin"....

So, moral of the story : Beraya, beraya gaks. lepas raya kena ingat gaks....waaa....







Monday, August 2, 2010

Penantian memerlukan kesabaran...


My LuvLy Wife... with bantal bucuk....hehehe...

Salam semua....lama gaks aku tak menjenguk blog nie. Al-maklumlah...orang sibuk katakan. Sibuk dengan kerja, keluarga dan diri sendiri.Nie pun aku ambil masa time tengah menunggu nie. Hospital Selayang, dah jadi macam tempat biasa bagi aku. Berulang-alik ke Hospital Selayang.Bagi aku, hospital nie adalah tempat yang ok dan sesuai untuk buat rawatan. Bukan apa. Kalo dibandingkan dgn HKL, perhhh....dengan jemnya,mau naik darah tinggi dibuatnya.

Pada 28 Julai baru nie, my wife dimasukkan ke Hospital Selayang. Yerlah, dengan apa aku ceritakan sebelum nie, dia kena wat ovarian cyst operation.Entah secara kebetulan, wad dia betul2 bertentangan dengan wad aku masuk dulu. Teringat laks masa dulu2. Time aku accident dan dimasukkan ke wad sini.Wad yang wife aku duduk 9A. Memang staf situ ok2 belaka,bersopan dan sentiasa melayan kerenah kitaorg nie. Tambahan pulak dengan ruang katil yang luas danbilik beraircond, mau 2 ke 3 lapis baju yang dipakai. Sejuk siot...

Nielah wad 'rasmi' kitaorg...
Kitaorang 'check-in' kat hospital nie dalam pukul 1.45 petang, Operation pulak pada keesokan harinya pukul 12 tengah hari. So, bermalamlah di wad tue. Ada jugak staff-staff nurse tegur wife aku, macam pernah nampak.Mana taknya, november tahun lepas aku duk wad yang sama. Staff nurse pun hampir yang sama menjaganya. So, dipendekkan cerita,tepat jam 12 thari, spt yang dijanjikan, wife aku tak masuk lagi bilik operation, Tup-tup, dia masuk pukul 3 petang.

Sian gaks kat dia kena puasa. Dengan dia,babynya, mesti lapo. Aku, mak dan bapa mentua menunggulah diluar bilik operation tue, bilik yang sama di mana aku operation tahun lepas.Rupa-rupanya, penantian nie satu penyeksaan gaks. Dari, duduk...berdiri. Dari berdiri ke duduk. Pastu bersandar kat dinding, masuk kuar tandas.Abis satu level aku round.Sampai ke dewanbersalin. Nasib baik aku x bawa toto baring ctu.Rupanya, penantian nie penuh dengan kesabaran dan debaran. macam tuelah wife aku sebelum nie tak. Dup-dap,dup-dap dibuatnya.Tak keruan aku dibuatnya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Macammanalah keadaan wife dan anak aku. Aku hanya mampu berdoa agar dua-dua selamat....

Kata doktor dalam dua jam operation, dah nak masuk 3 jam nie. Aku pun jadi gabra gaks, tapi disebabkan ke endseman dan kemachoan aku, nampak cool jer... dalam kul 6 lebih, wife aku kuar. Hepinya hati aku. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dia nampak lemah. Aku menghampiri dan cuba mendengar suaranya. Hepinya dapat dengar dia berkata-kata walaupun x jelas.Selepas itu dia dihantar ketingkat 11. Untuk pengawasan 24 jam doktor kat ctu.

Isteri aku dengan rasminya kuar hospital pada hari Sabtu. Walaupun dapat kuar, dia still lagie lemah. Yerlah...tenaga banyak digunakan. Masa nielah kesabaran aku diuji. Melayan kerenah si isteri. Tapi aku turutkan juga kerana jasanya menjaga aku selama ini. Yerlah, siapa nak bantu kalau bukan si suami kan. :) Then pada hari Isnin baru nie, aku pun hantar wife aku ke Kuantan. Bagi dia rest kat rumah mak dia. Aku dapat cuti seminggu sebab nak uruskan wife aku nie.

So, kepada suami, kenalah beringat, di saat kita berada di antara kehilangan atau tidak, pada masa itulah kita akan recall balik segala jasa kepada isteri kita. Kenangan bersama.So, hargailah mereka yang sentiasa back up kita, bantu kita sementara mereka masih ada. Penuhi kemahuan mereka selagi mampu. Tapi x bermakna kita kena ikut segala kemahuan mereka. Kenalah berpada-pada...hehehe..

So, to my honey, Abg slalu doakan sayang and baby sihat senantiasa hendaknya. And I'm hepi with u always...mmmuuuaaahhhh..... :p


Friday, July 9, 2010

CYST...

Pagi rabu baru ni aku menemankan orang umah ke Hospital Selayang untuk rawatan. Nampak gayanya hospital nie dah jadi hospital keluarga laksmemandangkan dari tahun lepas lagie aku berulang alik ke hospital ni, pastu orang umah aku laks menjadi pengunjung tetap dgn membuatpemeriksaan di klinik ibu mengandung. Dalam bahasa saintifiknya aku tak ingat. Mau terseliuh lidah aku bila menyebutnya. My wife ader Cyst,but baby aku normal dah sihat.Doktor beritau cyst wife aku yang jenis normal, dan perlu dilakukan operation. Agar nanti tak terpintal tiub fallopio dia.

Korang pernah dengar Cyst tak?Aku sepanjang 30 tahun idup, nielah first time aku mendengarnya. Selepas membuat 'tesis' tentang Cyst nie, barulahaku paham apakah benda tue. Ramai orang pompuan ingat, bila doktor scanm ader Cyst, maknanya diaorang dah kena kanser. Walhal dalam banyak kes, 95%dari kes Cyst yang berlaku adalah bukan kanser.

Ia ibarat satu kantung air, or apa2 bendalir yang terkumpul dan membesar. Kebiasaannya apabila telur perempuan tue dikeluarkan, kantung2 biasanya akanterhapus melalui proses yang tak reti aku nak ceritakan, dan ader sesetengah yang tak dapat dihapuskan, terkumpul lalu membesar. Bukan setakat mak dara jeryang boleh kena, anak2 dara pun ramai yang boleh kena. So ladies,...aper kata selak baju, tengok perut...ader nampak buncit yang ketara tak?Kalo ader,gie lah scan dulu. Kalo selak baju aku nie...besor gaks Cyst nyer...hahaha...

Aper2 pun, kalo dah kena detect tue, jgn risau, ngelabah or pikir macam2....semua penyakit ader ubatnya. So, sesiapa yang membaca coretan aku nie, hope doa2kanlahkeselamatan wife dan baby aku nanti. Wife aku operation pada 29 Julai nie. 28 masuk wad,so, sesiapa nak melawat bawaklah buah banyak2 yerp....hehehehe...:)So, sesiapa nak tau dengan lanjut pasai Cyst nie, banyak rujukan yang boleh diperolehi. Nak tengok mcm mana operation dia pun boleh. Cari jer dalam u tube...

Sekarang genaplah first trimester orang umah aku,...masa scan tadi, aku melihat sesuatu yang menakjubkan...degupan jantungnya jelas kelihatan. Bentukj tubuhnya,...Jantung aku berdegup sama seperti baby kami...dup...dap...dup....dap...perh....inikah perasaan nya menjadi seorang bapa. Ikutkan hati memang hepi sangat bila melihatscan tue...tapi mcm I nie, biasalah...kontrol endsem katakan...hehehe....

Rasa x puas lagie melihat scan tue,,,rasanya mcm nak tarik mesin x ray tue bawak balik terus...memula scan tue, baby tue kecik lagie...yang kedua nie nampak dah bentuk dia. bila doktor zoom...nampak berdenyut....perh...x leh nak gambarkan tau...Our Baby....

So, to my wife, jgn risau dan jangan gundah gulana...aper pun yang berlaku, kanda akan sentiasa disisi. Anggap apa yang berlaku semua nie adalah dugaan kita... tahun lepas,Allah dah uji sayang, tahun nie laks my turn untuk diuji. Apa yang penting, kita sentiasa berdoa kepadaNya.I'll try my level best to be a good husband tau...
Moral of the story : Setiap yang berlaku ada fadilatnya...

Friday, July 2, 2010

First Trimester...

Sorilah dah lama tak muncul dalam blog kali nie, al maklumlah, dah jadi tokey construction, sekarang nie sibukduk berulang-alik ke Danau Kota....Trimester pertama orang umah aku, perhhh....memang banyak tul dugaanya. Denganpemakanan dia, bila makan jer, muntah2,,,aku pun tak tau nak wat macam mana, just keep on bagi semangat untuknya makan. Yerlah, kalo tak makan, xder tenaga laks nanti. Tul tak?....Bila makan jer selalu tak abish, so dengan kesempatanyang ada aku pun sokmo menghabiskan makanan dia. Suami soleh katakan,....hehehe...

Dan aku jujga still menyambung kontrak menjadi sura-rumah sepenuh masa lagie apabila my wife tak boleh terbau orangmenumis, aku pun menggunakan kepakaran aku sebagai seorang 'sojer' nie, dengan penuh taktikal memasaklah kat dapur. Gunalah apa-apa yang patut untuk memasak, bila dia terbau, dah jadi loya.Aku pun tak boleh salahkan dia, dah memang mcm nie org mengandung kan. Yerlahhh..berani wat, berani tanggunglah...hahahahaha....

Untuk trimester pertama nie gaks aku boleh mengucapkan selamat tinggal juga untuk gucci,burberry, diesel aku...semuanya x sedappada hidung wife aku. Mgkn hidung dia lebih selesa bau yang semulajadi, nak2 pulak bau ketiak aku....hahaha....xderlah,apa2pun, aku kena mengikut rentak dia. Priority untuk ibu mengandung.

So, kepada si bakal bapa2 nie,...apa yang penting untuk trimester pertama nie, kesabaran dan semangat dari bapa2 adalah perlu untuk si isteri mengharungi bulan2 kehamilan nie. Kalo gie mana2 rawatan kat klinik or hospital, bila ada ubat, make sure yang si isteri ikut apa yang doktor bagi. Always chechk. Sebab ubat2 nie lah yang bagi tenaga dan rawatan untuk si isteri.
So, minggu nie aku balik Kuantan lagie, biasalah nakj layan World Cup kan :). Hope Germany go through the Final lah. Walaupun xder pemain sekacak Ronaldo, se endsem Kaka, segagah David Villa dan Torres, apa yang penting...Keerjasaammmaaaa,,,hehehe

Moral of the story : Berani buat,...berani tanggunglah...hehehe

Saturday, June 12, 2010

Prison Vs Work Rating


IN PRISON you spend the majority of your time in an 8X10 cell.
AT WORK you spend most of your time in a 6X8 cubicle.

IN PRISON you get three meals a day (free).
AT WORK you only get a break for one meal and you have to pay for it yourself.IN PRISON you get time off for good behavior
AT WORK you get rewarded for good behavior with more WORK.
IN PRISON a guard locks and unlocks the doors for you. AT WORK you must carry around a security card and unlock open all the doors yourself.
IN PRISON you can watch TV and play games.AT WORK you get fired for watching TV and playing games.

IN PRISON you get your own toilet.
AT WORK you have to share.

IN PRISON they allow your family and friends to visit.
AT WORK you can not even speak to your family and friends.

IN PRISON all expenses are paid by taxpayers with no work at all

AT WORK You get to pay all the expenses to go to work and then they deduct taxes from your salary to pay for the prisoners
Humm? Which Sound Better ???.



























































































Thursday, June 10, 2010

Ada mata,buta,ada mulut bisu,ada telinga pekak

Dalam 2 minggu nie kita selalu mendengar cerita tentang Yahudi,keganasan mereka,kekejaman mereka. Sampai kita sendiri pun pelik, ngaper negara-negara Arab yang berada di sekeliling Israael tue semua berdiam diritanpa berbuat apa2...walhal semua para nabi,rasul malahan agama Islam dilahirkan disini. Dengan berbagai kekejaman yang dilakukan oleh Israe, mereka masih berdiam diri. Aku pun tak tau ngaper semua masih berdiam dirilagi.Kalo diikutkan nisbah, Umat Islam mengatasi Yahudi. Bayangkan 1:100. Maksudnya ada 100 orang islam untuk 1 Yahudi, tapi mengapa mereka lebih berkuasa lagi???Aku terdetik nak mencoret mengenai hal ini apabila terbaca Akhbar Berita Harian. Ada beberapa fakta menarik yang dikemukan...cuba kita renung2kan...

Kalo diikutkan sejarah, dah beberapa keturunan Yahudi sudah menguasai dunia dalam pelbagai bidang. Contohnya Albert Einstein yang merupakan saintis zaman moden paling terkemuka, Sigmund Freudmenerusi teori id,ego dan super -ego ialah bapa psikoanalisis,jugak seoranh Yahudi; begitu juga Karl Marz, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.Johas Salk pencipta vaksin polio pertama. Albert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukimia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis...Bayangkan bagaimana Yahudi ini mempengaruhi manusia.

Saudagar jenama terkaya iaitu Ralph Lauren (Polo),Levi Straus(Levis's), Howard Schultz(Starbucks),Sergey Brin(google),Michael Dell(Dell Corporation),Larry Ellison(Oracle),Donna Karan(DKNY),Irv Robbins(Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).Bayangkan kalo diaorg supply keuntungan ke tel Aviv...fuh...pakcik kayo. Nie belum lagie orang-orang yang terlibat dalam dunia hiburan,filem,muzik...bayanagkan....

Richard Levin,Presiden universiti tersohor (Universiti Yale) ialah Yahudi gaks.Henry Kissinger,Joseph Lieberman dan Madeline Albright(semua bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan(bekaspengerusi Rizab persekutuan AS di bawah Ronald Reagen,george Bush,Bill Clinton dan George W Bush); maxim Litvinov(bekas Menteri Luar Soviet); David Marshall(bekas Ketua Menteri Singapurayang pertama)Isaac Isaacs(bekas Gabenor jeneral Australia); Benjamin Disraeli(Negarawan dan penulis Britain);Yevgeny Primkov(bekas Perdana Menteri Russia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio(Bekas Presiden Portugal);Herb Gray(bekas timbalan Perdana Menteri Kanada);Pierre Mendes(Perdana Menteri ke 143 Perancis);Michael Howard(bekas Setiausaha negara Britain);Bruno kreisky(bekas Canselor Austria)dan Robert Rubin(bekas Setiasuaha Perbendaharaan AS).Bayangkan bagaimana Yahudi menguasai dunia...semuanya memegang peranan utama politik dunia.

dalam dunia media laks, Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer(CNN);Barbara Walters(ABC News);Eugene Meyer(Washington Post);Henry Grunwald(Ketua Editor Times);Katherine Graham(penerbit The Washington Post ); Joseph Lelyyeld(Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankle ( The new York Times ). Diaoranglah yang menguasai pandangan dan pemikiran dunia sejagat

So, dalam sibuk kita mengecam,kutuk,atau apa2 yang sewaktu dengannya, Israel masih lagie berkuasa. Untuk itu, kita sama2lah berdoa untuk kebangkitan umat Islam sebab Allah dah janjikan kebangkitan umat Islamdi dalam Al-Quran, dimana bangsa Yahudi akan pupus...cuma masa dan waktu yang akan menentukan...wallahuallam....

Monday, June 7, 2010

Insan yang ketiga....

Lama tul aku tak mencoret dalam blog nie...Al maklumlah....sibuk katakan....sibuk ngan kerja,sibuk ngan life....hampir dua bulan aku tak jenguk ke sini nampaknya.Kejap jer kan, dalam sedar tak sedar, aku bakal bertukar status.Apa dia?Semua nie disebabkan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan kami berdua.Ermm...mcm mana aku nak start cerita nie yerp.

Pernah tak dalam sesuatu hubungan korang, hadir insan ketiga dlm hubungan itu, mcm mana yerp keadaanya, dan macam manayerp rasanya. Pastinya setiap individu pernah mengalami perkara ini dalam kehidupan mereka. Yang membezakan kita adalahcara kita menghadapi semua itu dengan kesabaran dan fikiran waras. Macam citer P Ramlee dulu2....COBAANNNNN....

Apa perasaan kita pula jika mengetahui kehadiran orang ketiga itu dengan mata kepala,telinga kita sendiri...aduishhh...mau bergegar jantung dan nangis dibuatnya kan. Apa2 pun, yang penting sabar....bak kata P Ramlee lagie....COBAANNNNN....Banyak tuldugaan nya dalam sesuatu hubungan ini kan. Tapi kita kena tengok rasionalnya juga, naper benda2 macam nie berlaku. Adakah balasankepada kita atau pun ujian kepada kita...walau apa pun yang berlaku,....COBAANNNNN....

Dan kehadiran orang ketiga juga membuatkan pasangan kita xder mood, dengan kita. Yerlaa...dulu kita berdua jer...tup2 bila ada org ketiga, perhatiannya tertumpu kepada orang ketiga gaks. Bak rumus matematik, dulu dibahagi dua, sekarang nie dibahagi tiga, sikitlergamaknya kan. Walau apa pun, kita kena ingat, semua itu COBAANNNNN....

Hidup harus diteruskan. Walaupun dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup kita, kita kena banyak bersabar dalam menghadapi dugaanya. Bukan apa, aku sebagai suami, kenalah bersabar dengan isteriku, yerlaaa....insan ketiga itu adalah bakal baby kitaorg...hehehehe...Amacam, ganas tak cerita aku nie. Just nak beritau yang aku bakal jadi bapak....hehehe....ayat kena suspen sikit....

Alhamdulillah,...isteri aku dah 2 bulan mengandungkan anak kitaorg. Cuma biasalah, time trimester nie ( macam semester laks bunyinya ), nak2 trimesteryang pertama nie, banyak tul dugaannya. Loya2,penat2...x der mood...Aku sebagai suami kenalah bagi support kat dia kan. Untuk mengharungi trimester pertama ini.

Lelaki mana yang tak suka menjadi bapa. Nak2 aku yang baru first time nak jadi bapa nie. Dalam umur merangkap 20 tahun....eh.....30 tahun(macho lagi),akhirnya aku akan bergelar bapa. Besarlah juga tanggungjawab aku nanti. Kepada isteri aku, abang slow2 belajar jadi bapa. Sekarang nie tengah praktisdukung baby dengan paket beras.hehehe....nak kuatkan bahu kiri yang eksiden nie. Nanti bolehlah tolong dukung2 anak, nak nyusukan tak dapat eden....hehehe.

So, sesiapa yang membaca coretan aku nie, harap2 doa2kan lah isteri dan anak aku selamat dan sihat hendaknya.Dan aku berdoa agar aku diberi kekuatan untukmembawa haluan hidup yang penuh cabaran ini. To my wife, thanks for being a nice and luvly wife.....mmmuuuuaaaahhh...
Moral of the story : Berani buat, beranim tanggung lah...Hahahaha..... :)

Monday, April 12, 2010

::Clash of the Titans::

Happening tak....mengerlip-ngerlip lagie...
Lokasi : Cineliesure Mutiara Damansara
Tarikh : 10/04/09
Suasana: Happening giler

Ader org belanja aku gie tengok wayang rini....hehehe....thanks honey....Actually, dah lama kita org x berdating gie Mutiara Damansara nie. Dulu, selalulah datingsini. Start motor jer dari tempat aku, ke umah sewa orang umah aku. Pastu dating sini. Malam semalam memang happening. Ramai giler orang kat sini. Kitaorg plan nak tengok cerita How To Train Your Dragon, dah beratur dalam 10 minit, tengok tayangan tue dah ader tulisan merah....sold out laks....so, berjayalah nak tengok cerita aku. Clash Of the Titans.Hehehe...thanks sekali lagie honey....


Memang 'clash' jadinya nak tengok muvee nie...hehehe

Mutiara Damansara memang tempat yang ok untuk kita hang out...dengan parking yang murah sangat. Yerlah....RM 3.00 per entry jer...kalo ari biasa RM 2.00 per entry. Tempat lain ikut jam....tue yang best. Kat cnie sebelah malam memang best, ader night market, nak window shopping pun macam2 butik ader.Tempat untuk beli spare part komputer pun ader.Nak men boling, yang kaki disko pun boleh sini,yang minat main arked game pun boleh...uishhh...penat aku nak menaip nie.Kira macam-macam adalah. Sebenarnya kompleks dia nie sama jer dengan kompleks cineliesure yang ader kat Orchard Road, tau tak kat mana Orchard Road tue.Singapore le...

So, berbalik kepada tengok wayang tadi, kita org tengok tayangan kul 10.15 malam....so, ambil lah peluang nak jejalan kat cnie.Tepat jer jam 10.15 malam, kitaorg pun masuk hall. Memang penuh...mungkin promo cerita tue yang menarik ramai org untuk menonton. Perh,...mata aku tak berkelip2 tengok cerita tue...penuh dengan aksidan ditambah sound sistem yang mantap....puas hati aku menontonnya...kalolah boleh pasang kat umah nie....bergegar jer kat umah jadinya...hehehe...tayangan dia hampirdua jam. Bagi aku ceritanya ok, yerlah....teknik CGI dan koordinasi pelakon bukan senang nak wat kan...tue yang tergamam tengok bila ada scene lawan-lawan...
Selepas menonton filem tue, kitaorg pun bergerak balik...last2 tersinggah kat uptowon sri gombak laks....hehehe...just jalan-jalan jer kat sana. Tengok Blackberry cetakrompak...dari luaran mmg sama. Tapi tak tau lah yang belah dalamnyer kan. Harga memang murah. dalam RM 500 ke RM 600...dah buleh dapat. Gaya jer lah ader...performancetak tau laks. Lepas penat berjalan, singgah kat kawasan makan kat Taman Bolton, pekena satey. Lepas kenyang aper lagie...menghala ke rumah ler...hehehe....dalam 2.30 pagiekitaorg sampai umah....sian kat wife aku, dalam demam dan batuk pun menemani aku gie jalan2...

Moral of the story - Thanks a lot my honey.....Luv u more and more ....mmmuuuaaahhhh!!!

Thursday, April 8, 2010

Ader aper dgn Sabah?...

Ermmm...aper yang menarik yerp...

My wife sejak dua menjak nie sibuk nak ke Sabah. Aku izinkan asalkan dia tidak melibatkan poket aku.Hehehe....Bukan aper, aku pun terpikir gaks, apa yang special ader kat Sabah tue, Yang sering diperkatakan suasana menarik,tempat menarik, tapi bila dengar orang2 cerita, sama jer tempat dia. Maknanya takder tempat menarik sangatlah. Memanglah tambang nak ke sana murah2...cuma aku nak tau apa yang special kat sana. Kalo takat nak tengok gunung ker, sungai ker, suasana sejuk ker, kat siniberlambak. Kolam air panas, sini pun ader. So, takder apa yang meyakinkan aku lagie yang Sabah nie tempat menarik untuk dipergi.

Lainlah kat situ ader salji ker....situ ader kawasan gurun ker, baru menarik nak pergie. Aku sekarang nie duk search apa yang menarik kat Sabah nie. Manalah tau kot2 terjoin wife aku gie ke sana ker. Kalo ada rezeki lah kan....apa2 yang penting, akunak round Melaka dulu. Still dalam perancangan lagie. Biar abish round satu Melaka, baru pikirkan nak luar semenanjung laks.Kalo nak ke Kuching, aku dah 3 tahun duk sana dulu. Abish ceruk kampung aku gie, nasib bek tak melekat dengan orang sana jer,..hehehe,...aku pun tak pernah gie lagie Sabah nie, cuma x tau aper tempat yang menarik kat sana. So, sesiapa ader tempat2 menarik kat Sabah nie, beritau ler aku. Orang cakap, x kenal maka x cinta kan...Macam dengan wife aku sekarang ler...hehehe....Aku kalo nak gie melancong sesuatu tempat, biarlah ada kelainan sikit dengan tempat sendiri. Kalo setakat shopping, panjat gunung,turun gunung, sama jer kat sini. Yang bezanya adalah tempat. Satu kat KL, satu kat Sabah.

Aku pun tanya member2 aku yang orang Sabah, diaorg pun tak reti nak bagi idea jalan memana. Yang aku tanya, lelaki lah. tak taulah kalo aku tanya kat orang pompuan, diaorg banyak idea laks kan. Biasalah orang pompuan...bab2 jalan memang kreatif jer diaorgnie. Ader aper yerp dgn Sabah?....Tengok iklan, tambang murah2 jer...yerlah...murah tak murah mau dalam 1k minimum nak sedap berjalan. Nak berjimat, standby maggie, duk tepi jalan jerlah...seperti yang kita tau, kita nie pelancong, mesti jadi sasaran untuk orang sana wat bisnes. Dititiknya cukup2....macam kita ngan pelancong luar negara gaks. Tambang mesti bagi kow2 punya. Yang kita nie confident badaklah tak kena 'titik' disebabkan status warganegara Malaysia. Walhal, diaorg dah wat strategi perniagaan baikpunya nak sedut duit kita. Bisnes mana tak mau untung ma....tul tak?

Aper2 pun, sesiapa yang ader idea nak bagi kat aku, apa yang best kat Sabah, comment ler. At least terbuka jugak atie aku nak melancong kan.Hehehe....Ker nak melancong ker luar negara?...ermmm....


Moral of the story - Alang-alang melancong, biar sampai ke Paris...hehehe

Tuesday, March 30, 2010

No Pain No Gain...yearghhh.....

GS (Posisi yang digeruni)
Baik punya shoot

Dengarjerla sayang...


Senyuman seorang ahli sukan,cum wife aku,cum bakal ibu...hehehe

Kontrol Ayu...

Sori lama dah tak berblog nie.Al maklumlah, sibuk katakan.Hehehe,....Sibuk menurunkan berat badan. Excercise sana, excercise sini, last2 penat, tido, pastu takder mood nak mencoretkan dalam blog nie. Nie pun aku curi-curi menaip kat opis. Nampak ler cbuk sikit.hehehe...Ujung minggu nie aku menemankan orang umah aku gie main netball(bola jaring) kat opis aku. Bukan dia sahaja yang bersemangat, malahan aku gaks bersemangat datang menyokong dia. Petang tue mmg panas terik.Jam menunjukkan pukul 3.30. Tapi dengan semangat aku yang berkobar-kobar tgk orang umah aku main netball, hujan, panas akan ku terjah jua.Hehehe....
Geram gaks aku tengok diaorg main netball. Sama geram macam orang tengok bolasepak. Yerlaa...bila nak shoot bola dalam net tue, seriau jer rasanya. Dahler net tue kecik,kena ada konfiden dan konsetrasi yang tinggi nak jadi GS nie,bila tengok diaorg nak shoot jer,mcm nak ketuk2 jer suruh shoot betui2...hehehe...yerla,takut tak masuk jer. Aku pun jadi lah 'porm-porm boy'sambil menyokong wife aku. Tengok memula dia memalu kucing, tapi bila dah dengar orang bersorak, perh....ganas dia jadinya.





Nielah antara aksi-aksi wife aku

Petang tue balik dalam kul 6 petang,tengok wife aku dah kepenatan. So, sampai rumah kitaorg restlah. Lepas nie nak gie melawat abah kat Sri Petaling. Nak makan malam dgn dia kat sana. So, lepas Maghrib wife aku pun memulakan langkah 'bersilat' kat dapur. Memasak untuk makan malam. Pada masa yang sama, orang sibuk nak buat 'Earth Hour 60'. Sepanjang perjalanan, dapatlah tengok bangunan-bangunan utama memadamakan lampu. Kitaorg yang bawa kete nie takpadamlah. Kang tak pasai2 eksiden laks.Lepas lepak kat Sri Petaling, kitaorg menghala ka Wangsa Maju, gie ziarah umah Mak Ndak aku yang dah lama aku tak gie. Tengok, kena makan lagie,nasib baik lah perut nie ada ruang kosong lagie.Aku pun belasah lah keropok, jagung rebus dan apam balik. Apam balik yang Pak Ndak beli mmg sedap. Nanti nak cari apam balik kat pasar malam ctulah. Best Wooo...

Kitaorg sampai kat umah dalam kul 12 malam. Mmg penat tul hari Sabtu baru nie.Sampai orang umah aku demam,selsema.Sian laks tengok dia. Takperlah Yang....duk rileks bebanyak yerp. Keesokan harinya, wife aku masak Nasik Ayam. Beruntungaku dapat wife mcm bini aku nie.Sebut jer masak apa. Mesti jadi dan kena dgn perut aku. Kitaorg makan reramai. AKu, wife aku,Adik aku,Ipar aku. sebelah petangya aku ajak wife aku gie Taman Metropolitan Kepong. Berjalan-jalan sambil mengeluarkan peluh. Mmg happening kat kawasan tue. Penuh, bebudak.Ayah budak,mak budak, ader org main layang2. memancing ikan,memancing awek, ader berjoging,ader main beskal dan tak lupa jugak,ader yang bertenet.Hehehe.....Dekat sejam gaks kitaorg round satu tasik tue, best...menyihatkan dan menenangkan....

So, moral of the story - bersenamlah untuk kesihatan....cara terbaik untuk menjaga badan...Hehehe....

Monday, March 22, 2010

Lata Jarum

Lokasi : Kawasan Berair
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk jugak
Aktiviti : TERJUN...jgn tak terjun


Hulu Dong, korang pernah dengar tak? Kat area sini ader kawasan air terjun yang dipanggil Lata Jarum. Ala....kalo nama yang Lata2 nie...kawasan air terjunlah gamaknya. Aku pun tak tau macam mana aku yang kurang berminat dalam acara basah2 nie terlibat sama dalam terjah-terun nie.Hehehe....Perjalanan dari Raub tidaklah jauh mana. dalam setengah jam dari jalan utama, dah sampai.

Lagipun, korang tak boring dengan pemandangan di sini sebab sepanjang perjalanan, suasananya amat menarik. Dengan berbekalkan nasi dan lauk pauk yang best, confirm terngiang2 jer bila balik dari berkelah nie.


Bapak mentua aku yang tak terjah-terjun nie, turut sama terjun kat sini. Hasil penangan menantu,anak2nya dan isterinya....mana tahan beb....dia pun turut sama bergelumang kat dalam air terjun nie.

Wan, Jue dan Haziq( My ipar)

Srikandi Negara...hehehe...


Angan-angan mat Jenin

$^@&*#&*#%&!*&?? ( Apa yg aku pikirkan???)

Walaupun penat ke endseman aku masih terserlah

Walaupun dah dekat tengah hari, airnya memang sejuk bangat. Aku tengok kawasan tue still dalam renovation. Diaorg upgrade kawasan tue. Ader surau, kedai makan, hall. Dah siap nanti, mesti happening punya.Kawasan nie sesuai untuk keluarga pergi berkelah. Mahupun couple2 nak ber dating. Kitaorg lepak kat sini dalam 3 jam. Masa tidak mengizinkan kerana masing2 nak balik dah. Yerlah...tak kan nak berkampung kat situ laks. Aku nak menghala ke KL sementara my father and mother in law nak balik Kuantan. Kitaorg kena budget2lah masa nak berkelah nie. bagus juga mandi kat air terjun nie, Bukan aper, dapat release tension, disamping itu sebagai fisioterapi bagi aku. Berendam dan relaks. Kaki nie bila pijak batu2 situ, rasa best jer....seperti diurut2....so, kepada sesiapa yang nak bawa famili ke sini...aku syorkan memang best. Korang just surf the net, cari LATA JARUM. Memang menarik...

Moral of the story - Sekali jumpa air...mcm nielah jadinya...




Little England

Lokasi : Kawasan Pergunungan
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk
Aktiviti : Layan Jiwang

Pada 20 dan 21 baru-baru nie, aku, my wife,ipar, bapa dan mak mentua gie berjalan-jalan di Little India. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih dari Bandar Raub tue membuatkan penumpang-penumpang aku jadi pening-pening lalt, termasuklah aku yang pening ala2 ibu mengandung.Hehehe...Perjalanan memang mencabar bagi aku yang tak sihat lagie, liku-liku, belok maut punya, teringatkan aku macam dalam citer Initial D tue,nasib baik ader oenumpang, kalotidak, abisnya di drift oleh aku. Kami bergerak dalam pukul 11 lebih dan sampai disana dalam pukul 12 lebih gaks. Walaupun tengah hari, keadaan di atas memang sejuk bangat. Tempat yang tenang, sejuk, sesuai untuk orang beromantik abish.,..hehehe...

Tempat nie memang sesuai untuk orang yang suka aktiviti jalan denai or dalam bahasa jawanya Jungle Trekking.Sebab aku tengok banyak laluan Jungle Trekking kat sini. Tak salah aku adalah dalam 5 ke 6 laluan yang aku nampak. Best gaks berpeluh di kawasan yang sejuk nie kan.Seni bina rumah juga menimbulkan suasana ala2 British; nie kalo pekena teh dgn roti bakar atas nie,perhh,,,...jadi mat salleh ler kitaorg. Berada di atas, membuatkan kami bergambo sakan. Bukan apa, org macam aku nie umur dah 30 tahun(muda lagi) baru nak jejak kaki di The Little England nie. So, dgn kesempatan nielah aku bergambo sakan.

Sebelum tue, aku nak ingatkan kepada sesiapa yang nak masuk kawasan nie, dia ada polisi turun dan naik kenderaan. Dia ader masa2 tertentu untuk naik kenderaan dan turun kenderaan.Kalo jam ganjil adalah masuk untuk naik gunung,contohnya 1,3,5,7 dan seterusnya dan jam genap adalah masa untuk turun gunung( 2,4,6),ala....macam korang belajo dalam matematik dulu2...no genap dan no ganjil. Takderlah laks masuk pembezaan ker,pengamiran ker.

Pagi tue kitaorg bernasib baik sebab masa sampai kat sana, kitaorg terus naik jer, sampai kat pintu gate sebelah atas, tengok2 banyak kereta berbaris, ingatkan diaorg lepak2jer, rupa2nya tengah tunggu turn nak turun. Selepas di baca brouchers kat situ, barulah kitaorg tau. Bagi sesiapa yang baru sampai kat kawasan nie, aku cadangkan korang gie lah kat information counter dulu iaitu Puncak Inn. Bukan aper, korang bolehlah bertanya kat pekerja situ apa tempat2 yang menarik dan bagaimana nak ke sesuatu tempat tue.Lepas di study brouchers yang diperolehi, kitaorg pun memulakan perjalanan kat Little England nie...

Ada beberapa tempat menarik disini. ......untuk bermain air, memanah, berkuda dan untuk golfer ada padang golf gaks. Lagi satu, bunga2 kat kawasan nie memang cantik. Yerlah, kawasansejuk katakan, so aku pun bergambo lah ala2 Kuch-Kuch Ho ta Hai...hehehe....Suasana sini memang tenang, Nasib baik mak dan bapak mentua aku ader, kalo idak, abislah aku menggataldengan bini aku...hehehe...Kitaorg sempat lagi makan kat atas nie tapi pada pandangan aku, makan kat sini tak best pun,makanan dia semua tawar2...tak taulah kalo orang gunung memangkurang makan garam ker. Tak taulah kan. Kitaorg sempat gaks sembahayang kat atas nie. Nielah satu2 nya surau yang aku tengok takder air cond or kipas. Bukan aper, sejukkk....amik airsembahyang pun badan dah menggigil, punyalah sejuk sini. Macam manalah orang sini mandi yerp...mau beku jawabnya.

Lepas makan, sembahyang, kitaorg round2 kat kawasan sini, Kitaorg tak sempat nak gie kawasan air terjun kat situ sebab tak sempat. Dalam puku 2.30, kitaorg bergerak balik. Dalam perjalananturun tue, penumpang2 aku muntah2...tak tahan dengan kawasan beralun nie. Aku pun tunggu ler bini aku bilalah nak muntah2 nie....hehehe....tapi gagah gaks dia. Dekat Asar jer, kitaorg dah sampai rumah. Wife aku belasah durian dulu tapi aku macam biasa belasah tidur dulu...penat....OOoo...lupa nak habaq, kat mana Little England nie? Haaa...maner lagie, Bukit Fraser lah....hehehe.....

Moral of the story - Sebelum korang nak gie luar negara, adakah korang dah sampai tempat2 macam nie?...fikir2kan...

Kontrol macho abishhh...





Sempat lena lagie tue....hehehe....

Haaa...nielah The Little England...nak tau sejarah, kena ler rajin mencari yerp...hehehe....