Thursday, January 6, 2011

Pertama kali bergelar bapa

Tanggal 24/12/2010,jam 2.22 petang, isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.4 kg,walaupun bb itu dikatakan pra-matang, alhamdulillah sehingga sekarang wife dan anakku sihat seperti biasa.

Isteri aku dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan disebabkan tekanan darahnya tinggi, sebelum ini di dimasukkan ke Selayang akibat kes sama, lepas tue discharge. Then bila check di KKM Gambut, terus diaorg tahan pergi hospital.

Aku ingat lagi petang rabu tue aku tengah makan biskut chipsmore, then tetiba wife aku tepon, sekali lagi gabra org macho ni datang balik, x nyempat2 nak balik. Yerlaaa...siapa x sayang bini oiii...

Sesampainya di Kuantan jam lebih kurang 10 malam, aku tengok mak mentua aku berada di ruanngan menunggu, aku pun ambil shift mak mentua aku. Yerlaaa...dari petang lagi dia tunggu. Wife aku dah ditempatkan di wad bersalin, standby jer jika apa2 berlaku...akhirnya dapat juga aku berjumpa isteri aku. Kesian dia, nampak lemah jer....Dia bgtau aku doktor nak monitor perkembangannya...adakah tekanan darah dia naik or turun...

Pagi Khamisnya...aku pun menunggu dengan penuh kesabaran(yerker...hehehe...)BP wife aku still tinggi, aku pun risau jugak and at last, doktor beritau dia kena operate hari Jumaat nanti. Aku masa nie dah tak kisah, janji isteri dan anak aku selamat. Jika dihitung,dicongak,didarab dan dibahagi, umur anak aku masa dilahirkan nanti adalah 35 minggu 6 hari....

Macam-macam orang cakap pasal bayi pramatang nie, namun dalam hati aku, aku yakin anak aku nie some one who have a fighting spirit, x sama macam bb lain, yerlah,...dah keluar awal, macam2 kena hadapi.Nak survive dalam keadaan yang belum cukup sempurna...aku layan jer gundah gulana aku berkenaan hal ini....

Seperti yang dijanjikan, bersempena hari Jumaat yang mulia, pada 24/12/2010,tepat 2.22 petang NASYWA AMANI telah selamat dilahirkan...Tak dapat aku bayangkan masa tue, bagaiamana perasaannya akan menjadi seorang bapa, belum sempat kaki aku jejak kat Masjid Kuantan tue, wife aku beritau operation nak dijalankan. Aku pun berpatah balik ke Hospital dan menunggunya, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan wife aku...dapatlah aku memberi kata-kata semangat kepadanya. Aku keberatan juga nak meniggalkan dia, namun harus menunjukkan kekuatan aku agar dia tak lemah semangat dalam menghadapi operationnya....

Hampir sejam aku menunggu, aku nampak alat inkubator disorong,...dari jauh aku terdengar alat tue, entah mcm mana naluri seorang bapa boleh mengetahui yang dalam inkubator tue adalah anak aku,siap tunggu depan lif, sesampainya nurse yang bawa anak aku, terus aku capai buku dan tertulislah Siti Noor,...

Berbunga hati aku melihat bb kecil yang comey tue adalah anak aku, aku tak reti nak katakan apa perasaannya melihat anak kita sendiri, nak2 pula aku sebagai seorang bapa...mungkin orang lain dah mengalai situasi ini paham apa yang berlaku. Segala kepenatan aku selama ini berbaloi menanti saat2 indah seperti ini...