Saturday, February 19, 2011

Majlis Cukur Jambul

Alhamdulillah....pada 12/2/2011 baru2 nie majlis cukur jambul Nasya Amani telah selamat dilangsungkan, cuma kenduri kecil2 jer kitaorg buat, janji jambulnya dapat dipotong...hehehe....

Ni antara persiapan barang2 untuk majlis tersebut

Acara bermula pada pukul 2.30 petang. Ia dimulakan dengan bacaan Yaasin, diikuti dengan Marhaban dan diakhiri dengan syair kepada Nasywa Amani. Nielah first time aku dengar orang bersyair kat bb, sebab biasanya sebelum ni just dengar marhaban, bacaan Yaasin. Itu jer...


Persiapan Nasywa Amani sebelum acara...my cute princess...

Secara keseluruhannya majlis ni orang perempuan yang buat semua, yerlahh...dia org marhaban, diaorg baca yaasin, aku ni jadi tukang makan dan tukang ambil gambor jer...Jemputan yang hadir hanya jiran2, sedara mara dan kawan2 terdekat jer....


Semasa acara dijalankan..

Kos untuk mengadakan majlis ni xlah banyak, sebab kita org 'recyle' balik penggunaan barang. Yerlahh...ropol2,...bunga2,...ribbon2...semuanya kitaorg recyle balik. Barang2 kahwin dulu,kita dapat ker...janganlah sesekali kita buang. Banyak gunanya tau. Comel tak buaian yang telah dihias tue, hasil kreativiti my wife dengan her mom lah...bapaknya ikut ajer...:)
Baju jer kitaorg keluarkan modal sikit, mama dia cakap nak bagi anak nampak comel, boleh pakai bila dah besor nanti, tapi bagi aku,....kalo mengikut baka aku yang endsem, kacak lagi bergaya nie,...bb aku mmg dah comey pun...hehehe...:p

Antara 'orang kuat' yang kuat beraksi di majlis tersebut

Walaupun x berbelanja besar, bagi aku majlis nie dah cukup grand bagi aku, majlisnya menepati citarasa aku, x terlalu pack dan simple. Yang penting, anak aku dah melalui proses mencukur jambulnya. Nie nak cukur rambutnya nanti, macam mana nak wat, takut tersalah cukur jer....tue yang risau sikit.

Nantilah aku cuba buat research sikit macam mana nak mencukur rambut anak nanti....or...sesapa ada petua yang ok2...boleh bagi idea sikit...nak mencukur nie,kepala bb lembik lagi...risau,...

Wednesday, February 9, 2011

NASYWA AMANI in action...

Salam semua....sekarang nie dah sibuk jadi weekend father and husband nie, yerlahhh....isteri dan anak masing2 jauh...tetapi tetap kugagahkan jua untuk balik menemui kedua kesayangan hati ini...Memang banyak dugaan bila duduk berjauhan, asyik teringatkan isteri dan anak jer,...macam manalah mereka berdua tue.

So, dalam post kali nie aku nak introduce kan anak aku dari hari pertama kelahiran hinggalah genap umuqnya sebulan. Sekarang nie pun anaknya dah abis pantang, mamanya pula yang belum habis lagie....berat kes ni....hehehe... Masa hari pertama tue, aku tengok Nasywa Amani dimasukkan ke wad NICU, so, hanya parents bb jer yang leh masuk ke situ, dalam dua tiga hari aku berulang aliklah dari wad ke situ nak tengok mama dan bb nya. Masa aku sampai ke wad tue, teringat laks mcm iklan CELCOM tue, yang bb duk banyak2 sambil sembang2...nasib baik aku tak terjumpa yang mcm tue laks...hehehe

Ni antara gambar-gambar hari pertama kelahiran dan dlm NICU

Setiap kali aku datang melawat bb aku nie,...mesti tido, nak dengar suara punyalah susahnya...buat masa ni mama dia tak dapat jenguk anaknya lagie sebab br lepas operation, so dalam masa beberapa hari tue dapatlah aku tengok yg mamanya rindukan bb dia, secara x langsung memberi wife aku kekuatan nak sihat untuk berjumpa bb, yerlaa...dah kandung hampir sembilan bulan, mestilah nak bersama...

Aksi anak aku dalam menggayakan pink colournya (ikut mok die ler tue)

Kita sebagai suami kenalah bagi moral support kat wife kita, walaupun dalam keadaan tak terurus dan penat, at least kita bantu mereka sedaya yang mampu...So, setelah wife aku sihat, akhirnya dapat juga dia melawat anaknya kat NICU tue, so bermulalah era seorang ibu dan anak,... Masa nilah org sebut2 penyusuan anak, bagi yang first time jadi ibu tue, pasti akan kekok bila nak menyusukan anak. So, sekali lagi kita sebagai suami tue, kena bagi support kat wife kita dalam menyusukan anak. BB x nak isap putinglah, susu x banyaklah, macam2 perkara yang akan berlaku. Yang penting, kita kena yakinkan wife kita yang mereka boleh buat semua tue, ibu dan anak memasing belajar dalam menyesuaikan diri. Kalo ikutkan hati, mau jer aku sumbat botol susu, tapi teringat balik,...anak aku tue pre mature lagi, so give her a liitle bit time to adapt,...chewaaahhh,,,sembang omputih laks...hehehe....

So, sehinggalah ke hari nie, anak aku dah masuk sebulan lebih. Sekejap jer anak aku membesar dan macam2 ragam yang dibuatnya, bila teringatkan anak dan isteri, itulah penawar bagi kita si suami. So kepada sesapa yang belum kawen lagie tue,...cepat2lah kawen wei......rugi tak kawen woooo...hehehehe....

12/2/2011 nie, aku akan mengadakan kenduri cukur jambul, so kepada kengkawan yang mengenali aku tue, cepat2lah datang yerp...50 tetamu awal akan dapat hadiah2 menarik...hehehehehe... jemputan semua aku dah buat dalam facebook tue, so sudi2kanlah datang yerp...

Wink ...wink ;p


Thursday, January 6, 2011

Pertama kali bergelar bapa

Tanggal 24/12/2010,jam 2.22 petang, isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.4 kg,walaupun bb itu dikatakan pra-matang, alhamdulillah sehingga sekarang wife dan anakku sihat seperti biasa.

Isteri aku dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan disebabkan tekanan darahnya tinggi, sebelum ini di dimasukkan ke Selayang akibat kes sama, lepas tue discharge. Then bila check di KKM Gambut, terus diaorg tahan pergi hospital.

Aku ingat lagi petang rabu tue aku tengah makan biskut chipsmore, then tetiba wife aku tepon, sekali lagi gabra org macho ni datang balik, x nyempat2 nak balik. Yerlaaa...siapa x sayang bini oiii...

Sesampainya di Kuantan jam lebih kurang 10 malam, aku tengok mak mentua aku berada di ruanngan menunggu, aku pun ambil shift mak mentua aku. Yerlaaa...dari petang lagi dia tunggu. Wife aku dah ditempatkan di wad bersalin, standby jer jika apa2 berlaku...akhirnya dapat juga aku berjumpa isteri aku. Kesian dia, nampak lemah jer....Dia bgtau aku doktor nak monitor perkembangannya...adakah tekanan darah dia naik or turun...

Pagi Khamisnya...aku pun menunggu dengan penuh kesabaran(yerker...hehehe...)BP wife aku still tinggi, aku pun risau jugak and at last, doktor beritau dia kena operate hari Jumaat nanti. Aku masa nie dah tak kisah, janji isteri dan anak aku selamat. Jika dihitung,dicongak,didarab dan dibahagi, umur anak aku masa dilahirkan nanti adalah 35 minggu 6 hari....

Macam-macam orang cakap pasal bayi pramatang nie, namun dalam hati aku, aku yakin anak aku nie some one who have a fighting spirit, x sama macam bb lain, yerlah,...dah keluar awal, macam2 kena hadapi.Nak survive dalam keadaan yang belum cukup sempurna...aku layan jer gundah gulana aku berkenaan hal ini....

Seperti yang dijanjikan, bersempena hari Jumaat yang mulia, pada 24/12/2010,tepat 2.22 petang NASYWA AMANI telah selamat dilahirkan...Tak dapat aku bayangkan masa tue, bagaiamana perasaannya akan menjadi seorang bapa, belum sempat kaki aku jejak kat Masjid Kuantan tue, wife aku beritau operation nak dijalankan. Aku pun berpatah balik ke Hospital dan menunggunya, akhirnya aku berjaya berjumpa dengan wife aku...dapatlah aku memberi kata-kata semangat kepadanya. Aku keberatan juga nak meniggalkan dia, namun harus menunjukkan kekuatan aku agar dia tak lemah semangat dalam menghadapi operationnya....

Hampir sejam aku menunggu, aku nampak alat inkubator disorong,...dari jauh aku terdengar alat tue, entah mcm mana naluri seorang bapa boleh mengetahui yang dalam inkubator tue adalah anak aku,siap tunggu depan lif, sesampainya nurse yang bawa anak aku, terus aku capai buku dan tertulislah Siti Noor,...

Berbunga hati aku melihat bb kecil yang comey tue adalah anak aku, aku tak reti nak katakan apa perasaannya melihat anak kita sendiri, nak2 pula aku sebagai seorang bapa...mungkin orang lain dah mengalai situasi ini paham apa yang berlaku. Segala kepenatan aku selama ini berbaloi menanti saat2 indah seperti ini...

Saturday, December 18, 2010

Salam semua.....sori lama giler aku x tak mencoret nie...al makmlumlah....apa kabo semua?Aku cni sihat somko naknya, isteri aku sihat, cuma bebaru nie kena masuk Hospital Selayang sebab BP dia tinggi. Kalut jugak aku ari tue, ingatkan kena tahan wad macam biasa, tetiba dia tepon cakap kena buat operation ari tue gaks,keluar peluh jantan and kalutlah jadinya. Dia dah masuk dewan bersalin masa tue, doktor nak tengok BP dia macam mana. Kalo x ok, terus kena operate, kalo ok tunggu masa jer lah nak bersalin. Betui gaks cakap orang, isteri kita yg preegnant nie kenalah bagi support kat dia, masa2 mcm nielah kita kena sentiasa ada disisinya. Aku tgk, bila time aku ada kat sebelah dia sambil mengurut, turun laks BP dia ( macam nak manja-manja jer bini aku nie...hehehe). Aku pun menemankanlah dia kat situ. Setelah dua harikena tahan wad, jumaat baru nie dia dapat keluar. Mcm manalah pulak keadaannya bila betul2 nak bersalin nanti yerp, yg pasti aku akan berada disisinya masa itu. Siap bawa banner macam tengok bola lagi nak support dia. hehehe...Oppssss...lupa laks. Anak aku sihat....hehehe...Di kesempatan masa terluang kat sini, aku pun mencoretlah sikit cerita2 terbaru aku.

Baby Girl...mmg dah confirm dapat baby girl nie :),....dan yang penting, isteri dan anak aku sihat.Dalam kepala nie mcm2 terlintas nak beli barang2baby...yerlahhh...kalo gerll....mesti warna pink temanyakan. Semangat bapak sorang nie berkobar2, tak sabo nak jumpa baby nya....yerlah....lama dah eden nunggu nie....

Yang seronoknya masa scan tue, baby kitaorg pandai main2...memula scan,...nampaklah penuh mukanya,then bila doktor pusing2 kan alat scan tue, mula lah dia start tutup muka. memula sebelah tangan, then dua2 belah. Bila buka, doktor nak tangkap gambo, tutup muka dia balik. Malu tul dia...ikut perangai siapalah tue yerp....hehehe....kalo bapaknya dia mesti kontrol macho punya.

Kita org wat scan 4d nie kat klinik W.Y. Ko. Dekat Kuantan. Murah memang murah. Dalam RM 85 jer. Kalo tempat lain mau Rm 100++ tau. Selain itu, doktor dia memang peramah dan yang paling penting, tempat dia tak crowded....yerlah....berbayar kan...heheheh....kalo free mau berjanggut menunggunya. So, kepada Dr. Ko, kalo ramai customer lepas nie....bagi komisi sikit...hehehe....

Nak beli barang2 pun kena pikirkan gaks. Barang keperluan, pakaian dan macam2 lagi. Kena start beli dah sekarang nie kan, at least tak kelam kabut jadinya nanti. Orang cakap baby nie cepat membesar, so barang2 tue kenalah fikirkan utk masa depan dia. Selain barang2 anak,
barang2 maknya juga perlu gaks, maklumlah...lepas bersalin....Nie dia aku senaraikan brg2 yang dipikirkan perlu...kot2 ada idea nak top up lagie senarai2 yang ader nie..

Untuk Bayi
Pakaian
1. Baju:
saiz new born 5 pasang,
saiz 6-12 bulan 5-7 pasang, lebih pun tak pe sebab boleh pakai sampai umur setahun atau lebih
(gabungkan :
seluar panjang dan seluar pendek,
baju lengan panjang dan pendek,
baju lubang2 utk cuaca panas, singlet dan baju jalan)
2. Stokin/sarung tangan dan kaki: 5-7 pasang
3. Sapu tangan: 10 helai
4. Tuala mandi: 3 helai
5. Lampin kain: 1 dozen untuk bedung, multipurpose
6. Kain bedung: 3 helai
7. Selimut
8. Topi yang sesuai - elok ada topi yang boleh lindung dari panas bukan sekadar fesyen.
9.Barut bayi / binder: 10 helai

Dandanan dan Ubatan
1. Minyak telon, minyak yuyi - ada dr tak berapa galakkan. minyak yuyi panas sikit banding dgn telon.Betui ker tue?
2. Minyak bayi - baby oil, minyak zaitun pure tu okay gak atau minyak kelapa dara
3. Syampu, sabun - elok beli pek kecik (travel set) sebab takut kulit baby tak serasi.
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik.
5. Pembersih hidung - berbentuk seperti hon
6. Krim lampin - boleh beli di farmasi jenama antaranya bepanthen (boleh juga digunakan sbg krim nipple merekah jika menyusu) dan drapolene
7. Lampin pakai buang saiz newborn (jika nak pakai lampin kain boleh juga beli CD - cloth diaper)
8. Sikat lembut.
9. Kapas muka / cotton ball

Feeding
1. Botol susu
2. puting getah untuk newborn (tengok saiz)
3. Pembersih botol susu.
4. Steriliser kalau budget lebih. Boleh juga beli pil untuk sterile, jadi tak perlu stim/rebus botol.Ada udget ker...hehehe...

Peralatan
1. Besen mandi beserta getah alasnya kalau tiada - biasanya awal2 kita mandikan kat sinki atau besen kecik je yang ambik dari dapur
2. Stroller - beli lambat sikit pun tak pe.. lepas abis pantang ke
3. Katil bayi - beli lambat pun tak pe.. sebab kebanyakan ibu terutamanya yg menyusu suka baby tido sebelah... senang menyusu dan perasan kalau dia nangis...
4. Kelambu payung - jika rumah ada nyamuk.
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby.
6. Lapik plastik untuk salin lampin bayi. - sesetengah diaper bag ada ni sekali.
7. Tilam bayi - jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu. Boleh juga beli comforter/tilam nipis, nak jalan2 senang.
8. Bantal dan bantal peluk.

Untuk Ibu
1. Breastpump.
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan - bukan tutup atas bulat tu
3. Barut
4. Batu sungai jika ingin bertungku
5. Stokin tebal
6. Rempah2 untuk ibu dalam pantang utk letak dalam makanan seperti halia, lada hitam, kunyit, bawang putih - ni boleh beli lambat sikit kang kecut semua
7. Nursing bra
8. Jamu jika mahu makan jamu

Selain barang2...namanya pun susah nak pilih nie. Kalo leh, mestilah nama yang baik2...manis macam bapaknya...nak nama yang canggih2 laks tue...perh,....silap ari bulan, dah bersalin nanti namanya tak ketemui jugak...ada idea tak nama apa? Banyak nama yang dipilih nie, tapi memasing tak dapat ,persetujuan bersama lagie,...hehehe.... Bagi aku, nama2 simple udah ler :)....



Sunday, September 19, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010


Pose di pagi raya...

Hi everybody...and assalamualaikum....Mcm mana dengan sambutan hari raya ini? Aku raya ke 4 dah start masuk kerja. Walaupun hanya beberapa hari, banyak tempat gaks aku pergi. Biasalah,...dah tahun kedua aku beraya berdua nie.Ehh...silap...bertiga...hehehe....

Alhamdulillah aku dapat berkahwin dengan orang yang dekat2 dengan kampung aku. Yerlah,...isu nak beraya umah siapa dulu tak timbul. Kalo susah2 nak beraya umah siapa dulu, kenalah beraye asing2...tul tak? Bak kata orang berbincang dahulu antara suami isterikan. Pada pandangan korang, mana lebih baik?Kawen setempat atau berlainan negeri? Bagi aku sama jer. Cuma yerlah, bila kita beraya berjauhan dengan ibu bapa, syahdunya terasa walaupun isteri or suami ader disisi. Tipulah kalo cakap takder kan.



Heroin2 ku....

Aku 'faberet' sekarang nie makan ketupat goreng. Perh....best siot bak kata orang KL. Nak2 pulak ketupat yang digoreng oleh wife aku di pagie raya. al-maklumlah....setahun sekali masak untuk suami kan. Betul tak yang?....hehehe....Pagi raya pertama tue, biasalah aktiviti suami isteri. Bermulalah adegan hindustan di mana acara memohon maaf ala Kuch-Kuch Ho Ta Hai berlaku. Masa nie lah memasing memohon maaf atas kesalahan,keterlanjuran, ke'laser'an dan bermacam-macam lagi yang telah dilakukan sepanjang tempoh sethun lepas. Bagi aku, segala kesalahan yang isteri aku lakukan selama nie telah lama aku maafkan walaupun sebelum hari raya. Kita sebagai suami, sebelum tidur, tenunglah wife anda... Pasti kemaafan itu akan lahir dari hati kita...

Then, barulah acara bermaafan antara ahli2 keluarga. Alhamdulillah, hampir semua adik beradik aku menyambut hari raya di rumah. Kecuali angah jer yang beraya di Kelantan. Then kami sekeluarga beraya di rumah keluarga isteriku laks. Kira besan nya...Makan nasi ayam tue....hehehe...Then lepas tue laks, beraya umah abg ipar aku, abg amir. Masa tue perut dah full dah. Rembat jer makan apa2 yang ader masa tue. Tapi dalam kuantiti yang sikitlah.

Keesokan hari nya pula, aku beraya di Temerloh. Dan secara kebetulan pulak Mak Uda aku menyambut Hari Jadinya yang ke 18. Itu sebelum ditambah 34 lah. Hehehe...Aku masa sampai kampung tue, geram jer tengok buah2 rambutan yang masak kat depan umah tok aku. Last2, capai galah, kait terus. Aku pun ajaklah Pak Teh join sekali. Duduklah bawah pokok rambutan sambil kontrol endsem depan umah tue. Then Pak Teh ajak minum air kelapa sekali. Apalagi, aku yang hobinya memang makan, terus ikut jer.Hehehe....

Aku bergerak balik dari Temerloh lebih kurang jam 10 malam. Sampai di Kuantan, aku pun teruskan aktiviti aku, iaitu makan.Hehehe....Hari raya ketiga pulak, aku menghala ke Kuala Terengganu, kami berkonvoi 3 kereta. Kereta aku, kereta baru sikit dan kereta terbaru...hehehe...(kepada ipar2 aku, paham2lah yerp) Sepanjang menghala kesana, tengok orang jual macam2 kat sana. Air nira lah, jagung, keropok, lemanglah, bak kata orang kita nie mmg mewah dengan makan. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kita org singgah kejap kenduri kat Marang. Aku tengok,orang Terengganu nie kalu berkenduri mmg tak guna meja makan yerp. Semua duk atas kerusi jer. Kita makan kira duduk dan pegang pinggan. Tak taulah konsep aper yang diaorg guna. Maybe nak bagi orang cepat makan kut...



Nie Ipar2 aku dgn tok sekali join...

Aku bermalam di Kuala Terengganu. Keesokan harinya kami berjalan2lah di Kuala Terengganu. Dapatlah jalan2 sekejap kat Pasar Payang. Memang geram jer aku tengok barang2 kat ctu, nasib baik di limitkan dengan kewangan.Hehehe....kalau ader...penuh bonet kereta aku yang memang sedia penuh tue. Dah sampai kat Kuala Terengganu, tapi tak pernah sampai Masjid Kristal yang orang sebut2...bukan tak nak pergi, masa limit sangat. Nak berkejar balik ke KL laks, dapat tengok Masjid Terapung pun dari jauh...takper, ader masa nanti akan sampai gaks kat sana tue. Aku nak tengok aper yang canggih orang ceritakan.

Dan last sekali, bermulalha perjalanan pulan aku ke Kuantan. Yerlah, rasa berat hati nak kerja balik. tapi apakan daya, demi tugas kan...Aku sampai KLlebih kurang jam 11 mlm. Sampai2 jer di rumah, mulalah hati ini merasa sayu balik...Sayunya beraya sorang2 balik...huhuhu....

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya!!!

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri...Fuh...Agak lama gaks aku tak mencoret dalam blog nie. Bila tiba time pose2 macam nie, semua malas nak dibuatnya. Setakat penghujung Ramadan nie, alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku dan wife sihat...baby kitaorg pun sihat gaks...Bulan Ramadan nie, pasti banyak memori yang tersimpan dalam diri masing2 kan... meh aku nak storykan...

Bazar Ramadan
Nie mmg biasa bagi orang yang kuat makan macam aku nie. Banyak pilihan makanan yang boleh kita dapat kat bazar nie. Ader yang panggil bazar ramadan, PARAM ( time aku kat UTM dulu), singkatan bagi Pasar Ramadan and macam2 lagie. Bazar Ramadan yang biasa aku gie kat Kepong, Jln Kuching, Sri Petaling dan Wangsa Maju. But yang paling happening adalah di Jalan Kuching dan Wangsa Maju. Banyak gerai2 disitu. Wife aku yang tak sihat lagie tue, tetiba jer jadi sihat. Menonong jer. Banyak pilihan.Hehehehe...

Kad Raya
Nie lagie satu kenangan yang menusuk jiwa...cewahhh...Cuba korang ingatkan balik, Apakah kad raya yang paling beso korang anto, kad raya paling wangi korang pernah anto, kad raya paling jiwang korang pernah anto dan kad raya muzik macam mana korang pernah anto. Hik....hik...hik....Cuma sekarang nie dah kurang orang anto kad raya nie. Paling glamer MMS, SMS dan yang ber 's' 's' lagielah. Pasti semua tue bila kita kenangkan tersenyum sendiri jer...yang tahan tahan bila ader pantun2 kat belakang surat tue. Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Dan kekadang tak lupa gaks bila ader ucapkan terima kasih kat Mr Posmen kita tue...bila korang kenangkan, lawak gaks kan....hehehehe...

Baju Raya
Nie memang tak lari bila raya. Baju sedodonlah; nie untuk couple2 lah...suami isteri, pakwe makwe, adik beradik....Kalo yang bujang tak kisah sangat. Diaorg bebas nak beli aper, nak2 laki. Baju and seluar raya memang wajib. Dari jeans, slack, kemeja, t-shirt, kasut, jam and baju melayu. Tue time aku zaman bujang2lah beli semua tue, bila dah kawen, kemeriahan still ader sebab kena matching dgn my wife...aper yerp konsep aku tahun nie? Adakah konsep 1 Malaysia or....konsep recyle?...hahaha...jangan mare sayang.

Lagu Raya dan Ringtone Raya
Ha,...bab2 lagu nie, seminggu sebelum raya memang meriah. Bila dekat jer dengan hari raya, lagie keraplah lagu raya keluar. Apa lagu yang begitu menyentuh jiwa korang bila time2 raya nie? Macam2 ader. lagu Aisyah lah,Mamat EXIST lah, 4U2c lah, Blackdog Bone, M Nasir...uishhhh...wat senarai tak abish nie. Cuma sekarang lagu2 raya yang baru2 nie kurang mengancam lah kalo didengar. Tak cukup ummmppphhh.. Cuba aku sebut DJ DAVe, pasti korang teringat lague dia kan....:). Kesimpulannya, lagu raya best dengar pada bulan ramadan dan menjelang raya. Cuba korang mainkan lagu2 raya nie time2 hari biasa. Langsung takder mood dan kekadang kita laks cakap gila apa org yang mendengar tue. Tul tak?...Yang ringtone raya nie, confirm bila korang balik kampung, tengah beraya, macam2 jenis lague raya keluar. Yerlah...nak tunjukkan semangat rayalah tue, bila lagie kan...

Cuti Raya dan Tiket Bas
Wa, bab2 cutie nie aku memang sensitif sikit. Bukan aper, raya ke 4 aku kena masuk kerja dah. Kena pergi ke suatu tempat on and off selama 2 bulan lebih..waaa...beraya jauhlah dengan orang rumah...tak bestnya. Bagi yang bujang bolehlah masuk kerja awal2kan....huhuhu...sedihnya. Apa nak buat, berkorban untuk negara. Sesetengah orang laks suka laks kerja hari raya. Cakap dapat gaji triple lah, itulah, inilah...Memang diaorg nie jenis hati kering punya. Pagie tadi aku dengar cerita, tiket bas still banyak lagie musim sebelum raya nie. Tak taulah aku kalo tue tiket bas tambahan ker or bas yang mmg dah established. Sebut pasai bas tambahan nie, mmg aku tak suka sangat, yerlah...dahlah tiket mahal, tak selesa laks tue. Teringat dulu2 time bujang, time raya, kena naik bas tambahan,...sanggup duk depan tue sebab tiket dah abis. Bukan aper, terpaksa...hehehe...

Raya Umah Saper?...
Hehehe...nie topik yang hangat bagi yang dah berkawenlah...bab2 nie memang sensitif sikit. Yerlah....time2 raya nie 'sentimental' value sesorang tue tinggi. Memasing nak bersama keluarga sendiri. Walau apa pun berlaku, sumai isteri kena bertolak ansurkan. Pandai2lah berbincang dan memujuk. Tapi yang penting, tahun nie beraya kat umah aku....hehehe...jangan mare sayang. Bagi yang hangat bercinta, pagie2 rayalah kita dapat jumpa memasing naik motor sesama, beraya sesama, macam belangkas kena ikatlah...Nak beraya, berayalah...tapi diri kena jaga jugak yerp. Jangan beraya lain laks.

Kuih Raya
Apa kuih raya yang korang buat or tunjuk tahun nie. Aku tahun ni adalah mencuba membuat kuih goyang dan kuih siput.Bagi yang tak pernah buat kuih2 tradisonal nie, mau kalut satu dapur. Ramuan kuih goyang memang simple, tapi korang tau tak macam mana nak 'goyang'nya agar kuih tue molek jer jadi macam kita tgk kat kedai tue....
Meh aku story sikit. Setelah ramuan diadun dengan secukupnya, aku pun panaskan minyak macam biasa. So, bila dah panas aku teruslah mencelupnya dan terus ke dalam minyak. Goyang punya goyang, perhh...jadi macam sarang labah2 laks. Tak ikut bentuk. Aku dan wife aku jenoh memikirkan macam mana nak jadikan bentuknya molek...walaupun macam sarang labah2, rasanya memang sedap,rangup. Wife aku dah tak larat nak ke dapur, so aku meneruskan usaha aku untuk mendapatkan bentuk yang diidamkan. Setelah 3 ke 4 kali mencuba, akhirnya aku mendapat 'goyangan' yang diinginkan. Bentuknya yang menepati citarasa, rasanya, membuatkan aku bersemangat untuk terus 'bergoyang'.Hehehe...




Nielah cubaan kitaorg bagi menjayakan program 'Kuih Goyang SE'


Korang nampak tak ader satu kuih yang gelap tue, ntah mana sesatnyer...hehehe



Nielah hasil berkat usaha suami isteri...hehehe...



Setelah mendapat skil yang dicari, wife aku pun datang join balik untuk sama2 bergoyang. Maknanya, malam tadi kitaorg 'bertiga' bergoyang sakan buat kuih goyang nie. Setelah hampir sejam, habis semua adunan kitaorg masak. Dapatlah dalam 80 ke 90 keping kuih. Banyak jugak. Esok ingatkan nak sambung balik buat kuih2 nie. Penat nak buat kuih2 tradisional nie. Macam kuih goyang nie, kena panaskan loyang, celup dalam adunan, masak, angkat, then ulangi benda yang sama ikut setakat mana korang mampulah. Kalo nak tau resepi tue, banyak dalam internet ada resepinya. Cuma nak dapat skill goyang dan rahsia untuk loyang tue yang kita kena kaji, nak tau macam mana....?hehehehe....tunggu....

Eh....melalut laks aku nie. Seronok sangat sebab dah 30 tahun hisup nie, nielah first time aku bersemangat nak buat kuih raya. Tradisional laks tue. Ala...mungkin bagi kaum pompuan nie, benda macam nie biasa jer, tapi bagi aku kaum laki, seharusnya berbangga sebab berjaya membuat kuih tradisonal nie. Bukan senang orang endsem macam aku nie nak memasak. Hehehe...tapi aku nak tau respons kirang, macam mana results korang buat kuih goyang nanti. X buat banyak, sikit pun jadilah....kalo korang berjaya, aku tabik spring 100 kali...Hahaha...So, sempena raya nie, bagi yang nak berjimat tue, buatlah macam aku, buat kuih sendiri...hehehe....syok buat kuih nie rupanya...laki bini kat dapur...cuit2 sikit...romantik ala gitu...hehehe....

Bagi yang malas nak membuat tue, macam biasalah. Kena rajin berjalan dan tunjuk jer...sedap tak sedap tue ikut nasiblah. kekadang kita test makan, ok. Bila dibeli rasa macam hampeh laks. Lagie satu, bila membeli tue kenalah tengok tarikh tamat luput dia. Jangan dibedal jer....tengok2...lagie seminggu nak luput dah... Melepas laks...So, kenalah berhati2 bila membeli. bukan setakat kualiti, RM pun kena jaga gaks...hehehe....

Oklah. Setakat nie jer aku nak mencoret. So, kepada sesiapa nak balik raya tahun nie, aku nasihatkan memandu dengan berhati2, bagi yang naik bas tue, habaq kat pemandu bas tue berhati2, kalo nak bagi semangat kat diaorg, rajin2 lah urut belakang driver bas tue, confirm segar bugar diaorg. Hehehe....So, aku nak ucapkan kepada sesiapa yang membaca blog aku nie, "Selamat Hari Raya" , "Maaf Zahir dan Batin"....

So, moral of the story : Beraya, beraya gaks. lepas raya kena ingat gaks....waaa....







Monday, August 2, 2010

Penantian memerlukan kesabaran...


My LuvLy Wife... with bantal bucuk....hehehe...

Salam semua....lama gaks aku tak menjenguk blog nie. Al-maklumlah...orang sibuk katakan. Sibuk dengan kerja, keluarga dan diri sendiri.Nie pun aku ambil masa time tengah menunggu nie. Hospital Selayang, dah jadi macam tempat biasa bagi aku. Berulang-alik ke Hospital Selayang.Bagi aku, hospital nie adalah tempat yang ok dan sesuai untuk buat rawatan. Bukan apa. Kalo dibandingkan dgn HKL, perhhh....dengan jemnya,mau naik darah tinggi dibuatnya.

Pada 28 Julai baru nie, my wife dimasukkan ke Hospital Selayang. Yerlah, dengan apa aku ceritakan sebelum nie, dia kena wat ovarian cyst operation.Entah secara kebetulan, wad dia betul2 bertentangan dengan wad aku masuk dulu. Teringat laks masa dulu2. Time aku accident dan dimasukkan ke wad sini.Wad yang wife aku duduk 9A. Memang staf situ ok2 belaka,bersopan dan sentiasa melayan kerenah kitaorg nie. Tambahan pulak dengan ruang katil yang luas danbilik beraircond, mau 2 ke 3 lapis baju yang dipakai. Sejuk siot...

Nielah wad 'rasmi' kitaorg...
Kitaorang 'check-in' kat hospital nie dalam pukul 1.45 petang, Operation pulak pada keesokan harinya pukul 12 tengah hari. So, bermalamlah di wad tue. Ada jugak staff-staff nurse tegur wife aku, macam pernah nampak.Mana taknya, november tahun lepas aku duk wad yang sama. Staff nurse pun hampir yang sama menjaganya. So, dipendekkan cerita,tepat jam 12 thari, spt yang dijanjikan, wife aku tak masuk lagi bilik operation, Tup-tup, dia masuk pukul 3 petang.

Sian gaks kat dia kena puasa. Dengan dia,babynya, mesti lapo. Aku, mak dan bapa mentua menunggulah diluar bilik operation tue, bilik yang sama di mana aku operation tahun lepas.Rupa-rupanya, penantian nie satu penyeksaan gaks. Dari, duduk...berdiri. Dari berdiri ke duduk. Pastu bersandar kat dinding, masuk kuar tandas.Abis satu level aku round.Sampai ke dewanbersalin. Nasib baik aku x bawa toto baring ctu.Rupanya, penantian nie penuh dengan kesabaran dan debaran. macam tuelah wife aku sebelum nie tak. Dup-dap,dup-dap dibuatnya.Tak keruan aku dibuatnya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Macammanalah keadaan wife dan anak aku. Aku hanya mampu berdoa agar dua-dua selamat....

Kata doktor dalam dua jam operation, dah nak masuk 3 jam nie. Aku pun jadi gabra gaks, tapi disebabkan ke endseman dan kemachoan aku, nampak cool jer... dalam kul 6 lebih, wife aku kuar. Hepinya hati aku. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dia nampak lemah. Aku menghampiri dan cuba mendengar suaranya. Hepinya dapat dengar dia berkata-kata walaupun x jelas.Selepas itu dia dihantar ketingkat 11. Untuk pengawasan 24 jam doktor kat ctu.

Isteri aku dengan rasminya kuar hospital pada hari Sabtu. Walaupun dapat kuar, dia still lagie lemah. Yerlah...tenaga banyak digunakan. Masa nielah kesabaran aku diuji. Melayan kerenah si isteri. Tapi aku turutkan juga kerana jasanya menjaga aku selama ini. Yerlah, siapa nak bantu kalau bukan si suami kan. :) Then pada hari Isnin baru nie, aku pun hantar wife aku ke Kuantan. Bagi dia rest kat rumah mak dia. Aku dapat cuti seminggu sebab nak uruskan wife aku nie.

So, kepada suami, kenalah beringat, di saat kita berada di antara kehilangan atau tidak, pada masa itulah kita akan recall balik segala jasa kepada isteri kita. Kenangan bersama.So, hargailah mereka yang sentiasa back up kita, bantu kita sementara mereka masih ada. Penuhi kemahuan mereka selagi mampu. Tapi x bermakna kita kena ikut segala kemahuan mereka. Kenalah berpada-pada...hehehe..

So, to my honey, Abg slalu doakan sayang and baby sihat senantiasa hendaknya. And I'm hepi with u always...mmmuuuaaahhhh..... :p