Alhamdulillah aku dapat berkahwin dengan orang yang dekat2 dengan kampung aku. Yerlah,...isu nak beraya umah siapa dulu tak timbul. Kalo susah2 nak beraya umah siapa dulu, kenalah beraye asing2...tul tak? Bak kata orang berbincang dahulu antara suami isterikan. Pada pandangan korang, mana lebih baik?Kawen setempat atau berlainan negeri? Bagi aku sama jer. Cuma yerlah, bila kita beraya berjauhan dengan ibu bapa, syahdunya terasa walaupun isteri or suami ader disisi. Tipulah kalo cakap takder kan.
Heroin2 ku....
Then, barulah acara bermaafan antara ahli2 keluarga. Alhamdulillah, hampir semua adik beradik aku menyambut hari raya di rumah. Kecuali angah jer yang beraya di Kelantan. Then kami sekeluarga beraya di rumah keluarga isteriku laks. Kira besan nya...Makan nasi ayam tue....hehehe...Then lepas tue laks, beraya umah abg ipar aku, abg amir. Masa tue perut dah full dah. Rembat jer makan apa2 yang ader masa tue. Tapi dalam kuantiti yang sikitlah.
Keesokan hari nya pula, aku beraya di Temerloh. Dan secara kebetulan pulak Mak Uda aku menyambut Hari Jadinya yang ke 18. Itu sebelum ditambah 34 lah. Hehehe...Aku masa sampai kampung tue, geram jer tengok buah2 rambutan yang masak kat depan umah tok aku. Last2, capai galah, kait terus. Aku pun ajaklah Pak Teh join sekali. Duduklah bawah pokok rambutan sambil kontrol endsem depan umah tue. Then Pak Teh ajak minum air kelapa sekali. Apalagi, aku yang hobinya memang makan, terus ikut jer.Hehehe....
Aku bergerak balik dari Temerloh lebih kurang jam 10 malam. Sampai di Kuantan, aku pun teruskan aktiviti aku, iaitu makan.Hehehe....Hari raya ketiga pulak, aku menghala ke Kuala Terengganu, kami berkonvoi 3 kereta. Kereta aku, kereta baru sikit dan kereta terbaru...hehehe...(kepada ipar2 aku, paham2lah yerp) Sepanjang menghala kesana, tengok orang jual macam2 kat sana. Air nira lah, jagung, keropok, lemanglah, bak kata orang kita nie mmg mewah dengan makan. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kita org singgah kejap kenduri kat Marang. Aku tengok,orang Terengganu nie kalu berkenduri mmg tak guna meja makan yerp. Semua duk atas kerusi jer. Kita makan kira duduk dan pegang pinggan. Tak taulah konsep aper yang diaorg guna. Maybe nak bagi orang cepat makan kut...
Nie Ipar2 aku dgn tok sekali join...
Aku bermalam di Kuala Terengganu. Keesokan harinya kami berjalan2lah di Kuala Terengganu. Dapatlah jalan2 sekejap kat Pasar Payang. Memang geram jer aku tengok barang2 kat ctu, nasib baik di limitkan dengan kewangan.Hehehe....kalau ader...penuh bonet kereta aku yang memang sedia penuh tue. Dah sampai kat Kuala Terengganu, tapi tak pernah sampai Masjid Kristal yang orang sebut2...bukan tak nak pergi, masa limit sangat. Nak berkejar balik ke KL laks, dapat tengok Masjid Terapung pun dari jauh...takper, ader masa nanti akan sampai gaks kat sana tue. Aku nak tengok aper yang canggih orang ceritakan.
Dan last sekali, bermulalha perjalanan pulan aku ke Kuantan. Yerlah, rasa berat hati nak kerja balik. tapi apakan daya, demi tugas kan...Aku sampai KLlebih kurang jam 11 mlm. Sampai2 jer di rumah, mulalah hati ini merasa sayu balik...Sayunya beraya sorang2 balik...huhuhu....
0 bebelan:
Post a Comment