
Apsai lah orang pompuan suka sangat barang2 berjenama.Lv lah,Gucci lah,...prada, chanel...bukan sajer tergeliat lidah nak menyebutnya,malahan tergeliat tulang menulang aku(or laki2 lain) untuk memenuhi kemahuan seperti ini...
Kekadang kalo gie SOGO tue, perhhh....penuh orang pompuan kat sana. Cari barang2 berjenama yang boleh dikatakan murah.Potongan sampai 50% ke 70%. Walhal tokey2 kedai dah up kan harga jualan ke lebih seratus peratus( bisnes katakan). Kita yang manusia biasa nie tertipulah dengan iklan2 macam tue kan...
Tapi orang kata, lagi berjenama sesuatu barangan, lagie bagus dan bermutu. Aku tak nafikan apa yang diperkatakan orang semua. Cuba bandingkan kereta jer...kereta kancil ala2 mata belalang, dengan mercedes mata belalang. Aku rasa semua setuju mengatakan kereta buatan luar lagi bagus dari dalam negara.
Untuk pakaian-pakaian berjenama, memang aku akui kualiti barangan lebih baik dari dalam negara. Macam hand bag orang rumah aku. Jenama 'Carlo Rino' (bukan nama sebenar)..hehehehe, tak sampai dua bulan, tali dah tetas. Kena anto gie repair. keluar duit. Beg Gucci yang dia pakai selalu takder pun macam tue...So, kesimpulan nya "Abg, lepas nie nak cari handbag barulah. Guess ker" Tue macam isyarat kat husband dia standby nak bergumbira sambil 'menderma' untuk mendapatkan beg Guess idamannya.
Bagi aku, aku pun x kurangnya meminati barangan buatan luar.Hehehehe...Macam jenama ini :


Kalau ikutkan ati, mau jer dibelinya satu kedai,tapi apakan daya, ongkosnya takder.hehehe...aku meminati jenama nie sejak abis U lagie, dulu minat sangat dengan jenama -GA Blue-, pastu akibat meningkat tua...oppssss...dewasa, cap Untalah yang menjadi pilihan. Bukan apa, pakaian yang aku pakai boleh tahan dua ke tiga tahun. Orang bukannya tau pun aku pakai baju yang dah bertahun-tahun, janji nampak bergaya kan...
So, moral of the story, kalo nak beli barang-barang memahai....pandai2lah menyimpan yerppp...
0 bebelan:
Post a Comment