Monday, March 22, 2010

Lata Jarum

Lokasi : Kawasan Berair
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk jugak
Aktiviti : TERJUN...jgn tak terjun


Hulu Dong, korang pernah dengar tak? Kat area sini ader kawasan air terjun yang dipanggil Lata Jarum. Ala....kalo nama yang Lata2 nie...kawasan air terjunlah gamaknya. Aku pun tak tau macam mana aku yang kurang berminat dalam acara basah2 nie terlibat sama dalam terjah-terun nie.Hehehe....Perjalanan dari Raub tidaklah jauh mana. dalam setengah jam dari jalan utama, dah sampai.

Lagipun, korang tak boring dengan pemandangan di sini sebab sepanjang perjalanan, suasananya amat menarik. Dengan berbekalkan nasi dan lauk pauk yang best, confirm terngiang2 jer bila balik dari berkelah nie.


Bapak mentua aku yang tak terjah-terjun nie, turut sama terjun kat sini. Hasil penangan menantu,anak2nya dan isterinya....mana tahan beb....dia pun turut sama bergelumang kat dalam air terjun nie.

Wan, Jue dan Haziq( My ipar)

Srikandi Negara...hehehe...


Angan-angan mat Jenin

$^@&*#&*#%&!*&?? ( Apa yg aku pikirkan???)

Walaupun penat ke endseman aku masih terserlah

Walaupun dah dekat tengah hari, airnya memang sejuk bangat. Aku tengok kawasan tue still dalam renovation. Diaorg upgrade kawasan tue. Ader surau, kedai makan, hall. Dah siap nanti, mesti happening punya.Kawasan nie sesuai untuk keluarga pergi berkelah. Mahupun couple2 nak ber dating. Kitaorg lepak kat sini dalam 3 jam. Masa tidak mengizinkan kerana masing2 nak balik dah. Yerlah...tak kan nak berkampung kat situ laks. Aku nak menghala ke KL sementara my father and mother in law nak balik Kuantan. Kitaorg kena budget2lah masa nak berkelah nie. bagus juga mandi kat air terjun nie, Bukan aper, dapat release tension, disamping itu sebagai fisioterapi bagi aku. Berendam dan relaks. Kaki nie bila pijak batu2 situ, rasa best jer....seperti diurut2....so, kepada sesiapa yang nak bawa famili ke sini...aku syorkan memang best. Korang just surf the net, cari LATA JARUM. Memang menarik...

Moral of the story - Sekali jumpa air...mcm nielah jadinya...




0 bebelan:

Post a Comment