Monday, March 22, 2010

Little England

Lokasi : Kawasan Pergunungan
Suhu : Sejuk yang mmg sejuk
Aktiviti : Layan Jiwang

Pada 20 dan 21 baru-baru nie, aku, my wife,ipar, bapa dan mak mentua gie berjalan-jalan di Little India. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih dari Bandar Raub tue membuatkan penumpang-penumpang aku jadi pening-pening lalt, termasuklah aku yang pening ala2 ibu mengandung.Hehehe...Perjalanan memang mencabar bagi aku yang tak sihat lagie, liku-liku, belok maut punya, teringatkan aku macam dalam citer Initial D tue,nasib baik ader oenumpang, kalotidak, abisnya di drift oleh aku. Kami bergerak dalam pukul 11 lebih dan sampai disana dalam pukul 12 lebih gaks. Walaupun tengah hari, keadaan di atas memang sejuk bangat. Tempat yang tenang, sejuk, sesuai untuk orang beromantik abish.,..hehehe...

Tempat nie memang sesuai untuk orang yang suka aktiviti jalan denai or dalam bahasa jawanya Jungle Trekking.Sebab aku tengok banyak laluan Jungle Trekking kat sini. Tak salah aku adalah dalam 5 ke 6 laluan yang aku nampak. Best gaks berpeluh di kawasan yang sejuk nie kan.Seni bina rumah juga menimbulkan suasana ala2 British; nie kalo pekena teh dgn roti bakar atas nie,perhh,,,...jadi mat salleh ler kitaorg. Berada di atas, membuatkan kami bergambo sakan. Bukan apa, org macam aku nie umur dah 30 tahun(muda lagi) baru nak jejak kaki di The Little England nie. So, dgn kesempatan nielah aku bergambo sakan.

Sebelum tue, aku nak ingatkan kepada sesiapa yang nak masuk kawasan nie, dia ada polisi turun dan naik kenderaan. Dia ader masa2 tertentu untuk naik kenderaan dan turun kenderaan.Kalo jam ganjil adalah masuk untuk naik gunung,contohnya 1,3,5,7 dan seterusnya dan jam genap adalah masa untuk turun gunung( 2,4,6),ala....macam korang belajo dalam matematik dulu2...no genap dan no ganjil. Takderlah laks masuk pembezaan ker,pengamiran ker.

Pagi tue kitaorg bernasib baik sebab masa sampai kat sana, kitaorg terus naik jer, sampai kat pintu gate sebelah atas, tengok2 banyak kereta berbaris, ingatkan diaorg lepak2jer, rupa2nya tengah tunggu turn nak turun. Selepas di baca brouchers kat situ, barulah kitaorg tau. Bagi sesiapa yang baru sampai kat kawasan nie, aku cadangkan korang gie lah kat information counter dulu iaitu Puncak Inn. Bukan aper, korang bolehlah bertanya kat pekerja situ apa tempat2 yang menarik dan bagaimana nak ke sesuatu tempat tue.Lepas di study brouchers yang diperolehi, kitaorg pun memulakan perjalanan kat Little England nie...

Ada beberapa tempat menarik disini. ......untuk bermain air, memanah, berkuda dan untuk golfer ada padang golf gaks. Lagi satu, bunga2 kat kawasan nie memang cantik. Yerlah, kawasansejuk katakan, so aku pun bergambo lah ala2 Kuch-Kuch Ho ta Hai...hehehe....Suasana sini memang tenang, Nasib baik mak dan bapak mentua aku ader, kalo idak, abislah aku menggataldengan bini aku...hehehe...Kitaorg sempat lagi makan kat atas nie tapi pada pandangan aku, makan kat sini tak best pun,makanan dia semua tawar2...tak taulah kalo orang gunung memangkurang makan garam ker. Tak taulah kan. Kitaorg sempat gaks sembahayang kat atas nie. Nielah satu2 nya surau yang aku tengok takder air cond or kipas. Bukan aper, sejukkk....amik airsembahyang pun badan dah menggigil, punyalah sejuk sini. Macam manalah orang sini mandi yerp...mau beku jawabnya.

Lepas makan, sembahyang, kitaorg round2 kat kawasan sini, Kitaorg tak sempat nak gie kawasan air terjun kat situ sebab tak sempat. Dalam puku 2.30, kitaorg bergerak balik. Dalam perjalananturun tue, penumpang2 aku muntah2...tak tahan dengan kawasan beralun nie. Aku pun tunggu ler bini aku bilalah nak muntah2 nie....hehehe....tapi gagah gaks dia. Dekat Asar jer, kitaorg dah sampai rumah. Wife aku belasah durian dulu tapi aku macam biasa belasah tidur dulu...penat....OOoo...lupa nak habaq, kat mana Little England nie? Haaa...maner lagie, Bukit Fraser lah....hehehe.....

Moral of the story - Sebelum korang nak gie luar negara, adakah korang dah sampai tempat2 macam nie?...fikir2kan...

Kontrol macho abishhh...





Sempat lena lagie tue....hehehe....

Haaa...nielah The Little England...nak tau sejarah, kena ler rajin mencari yerp...hehehe....


0 bebelan:

Post a Comment