Hari berikutnya kami suami isteri membuat program ke Cyberview Lodge Resort. Sebelum itu, kami menghala ke Putra Jaya untuk menghantar rakan kami ke kenduri kahwin ke sana. Dalam keadaan kelam kabut dan masa singkat, akhirnya kami tiba disana dalam keadaaan yang tengah blur...Well, tempatnya memang menarik. Mesti x sangka ada resort yang seakan-akan kawasan laut.Walaupun ianya berada di tepi highway jer...hehehe...Kami makan di Verandah...
sebuah Coffe House yang berada disana.Konsep makannya adalah buffet. So, budget dalam RM42.00++ seorang. Bagi aku harganya ok dan berpatutan kerana dengan harga sebegitu,macam-macam jenis makanan yang boleh dijumpai. Dari masakan Melayu,India,Cina,Mamak,Jepun...so bagi perut aku yang jenis "Majlis Perbandaran' nie amatlah sesuai dengan konsepnya. So, aku dapat trylah macam2 jenis makanan.Puas ati aku makan tengah hari tue, dengan perut kosong, perhhhh...tapi diingatkan, air jus tak dikira pakej, kalo nak order jus lebih, kena bayar lebih sikitlah.Di sebabkan Supervisor yang adamasa tue baik ati sangat(promote ler tue), so, dia x masuk bil aper yang kitaorg amik. Hehehe...
Then, lepas makan tue, pujuk2 Alex, dapatlah kitaorg round2 satu resort tue, dengan naik Buggy Car.Hehehe....macam pelancong laks dia bawa jalan-jalan. Kitaorg pun round2 lah resort tue....bestnyerlah...nak dijadikan cerita lebih klimaks, tetiba berkumandang Lagu HappyBirthday yang diketuai oleh bini aku,Aduishh,,,,terharunya....nasib baik pemandu Buggy tue tak menanyi sekali. Hehehe....aku macam biasa, sambil kontrol endsem pun tersipu malu ala2 buaya....
Dah abish round kat area ctu,akhirnya kami menghala balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kami menghantar member ke Pekeliling sebab dia nak balik Kuantan.Abis jer anto ke Pekeliling, Aku menghala kerumah makcik aku ka Damansara Damai. Sembang2, umpat2,kutuk2,...dalam 10.30, kitaorg pun balik ke rumah.Sampai ke rumah, first sekali aku wat, on internet. Nak cari live bola Liverpool lwn Blackburn Rovers. Akhirnya dapat gaks. Puas ati tengok Liverpoolmenang 2-1.So, dikelarutan malam, sambil merenung bini aku yang tengah tidur kepenatan, aku rasa begitu hepi sangat sebab dia bertungkus lumus untuk celebrate birthday aku kali ini. Sayang....thanks a lot for 2 hari nie....Abg hepi sangat....Mmmuuuaaahhh...
Kejutan kali ke dua...
Hari nie 01 Mac 2010, genaplah umur aku 30 tahun. So, hari nie aku pergi X Ray kat Hospital Selayang sambil ditemani isteri aku yang bercuti. X sangkalaks dia ambil cuti semata-mata nak celebrate Birthday aku rini. Punyalah lama kitaorg menunggu turn nak abishkan XRay dan dalam kul 4 lebih, semua settle.Penat menunggu jer satu hari nie. Fracture bahu dan tulang tengkuk aku dah bertambah pulih, doktor beritau aku dah boleh start kerja esok dan dia menasihatkan agar tidak melakukan aktiviti berat untuk 1 setengah bulan berikutnya. Balik dari semua urusan, sembahyang, aku terus gosok baju untuk kerja esok...
Tetiba terdengar TV berbunyi kuat.Awatlah bini aku pasang TV kuat2 nie...aku pun meneruskan aktiviti menggosok baju...Sambil menggosok, berbulu jer atidengar TV kuat2. Dengan rasa x puas ati, aku pun meluru keluar bilik the tetiba...
Hepi Besday to you...hepi besday to you...hepi besday to abg....hepi besday to u....terkejut beruk aku. Dahla pakai boxer jer masa tue(nasib baik body ala Hritik Rosyan)hehehe, tengok wife aku, adik aku tengah pegang kek besday...waduh...mau sesak nafas dibuatnya tau....then malam tue kitaorg pun celebrate besday aku dengan makan kek, Dominos'Pizza, air oren...fuh... 3 hari berturut-turut program besday aku tahun nie....hehehe....hepinya yang....the best of my Life tau...
0 bebelan:
Post a Comment